Wednesday 6 June 2012

Pengalaman mengandung Luar Rahim Part 1


Kisah bermula pada awal Tahun 2007…Masa tu umur aku 28thn …Pg Jumaat sebelum subuh perut aku sakit sgt2… x tau nak describe camna sakitnya…yg aku ingat kat rahim aku sakit mcm ala2 nak bersalin tp..lg sakit kot…mencucuk2..memulas semua ada.. sakitnya dtg dan pergi…rasa pelik gak…bila sakit je darah kuar makin byk..warna darah pun agak pelik…kehitaman…yg pasti period dah 7-8 hari darah still byk…aku mula x sedap hati…nak kata pregnant aku mkn pil perancang…itu pun sebulan selepas bukak je IUD atas saranan Doktor…coz masa buat pap smear, ada fungals lak dok berumah kat alat IUD tu..so bukak ler… terus mkn pil perancang jenis Noriday coz Mija masa tu baru setahun dan masih breastfeed…
Pg tu terus kejut suami dan call mak bgtau sakit sesgt..mak suh g Klinik Seksyen 7 Shah Alam…terus ajak hband g…sampai kat klinik je ambik no giliran..tp perut semakin sakit ku gagahi gak..nak tunggu giliran sikit punya lama…bertahan walaupun aku dah berpeluh2 menahan sakit teramat..perasan gak org sekeliling asyik pandang aku..habis dah sakit xkan ler aku buat muka senyum gumbira lak…turn aku pun tiba…terus bgtau Doc…Doc nak uji air kencing…lps dpt result alangkah terkejutnya aku diberitahu hamil..mmg terkejut sgt…..bila Doc scan..baby x de dlm perut. Doc agak maybe gugur kot..time ni dah rasa sedih,menyesal semua ada…sedih sbb kalau betul pregnant pastu gugur mmg sedih lah..menyesal sebb makan pil perancang tapi hamil gak..kan bagus kalau x makan pil…kalau hamil pun x rasa bersalah sgt…masa ni aku dah mula rasa disebabkan pil tu ke…hmmmmm… 

 
Doc suh aku g kat bhgian ibu mengandung…time tu dah nak dekat lunch, tp sbb aku dah sakit sgt, Doc scan gak. Doc tu ckp maybe Ectopic Pregnant / Kandungan Luar Rahim. Lagilah buat aku sedih….

Doc suh g Hospital Besar dengan segera, samada aku nak pakai ambulance atau nak g sendiri. Aku pilih g sendiri, terpaksalah aku naik wheelchaa..bak kata usop Wheelcha…serius masa tu sakit dah x leh jln.. Hband bawak kete langgar bonggol pun sakit sgt kat rahim tu. Sampai je di Hosp, Hband aku terus je parking kat bhgian kecemasan. Terus 2 org attendance Hosp. bertanya. Bila tengok muka aku dah menahan sakit yg amat dgn air mata usah cakaplah, terus depa angkat aku kat katil terus & tolak kat unit kecemasan. Semua tanya kenapa?? Hband bg surat dari klinik. Masuk je kat bilik kecemasan, aku dikelilingi oleh Doktor2 pakar dan nurse, punyalah ramai…masa tu ingat lagi ada seorang Doktor perempuan berbangsa India minta maaf coz nak masukkan sesuatu kat bwh..huhuhuh nama benda tu Transvaginal Scan..perghhh dah lah sakit..kene lak scan kat bawah lagi lah sakit…

Transvaginal Scan


Doktor2 pun discuss sesame mereka. Last2 Doc kata maybe baby terlalu kecil so scan x nampak. Jadi Doc buat keputusan tunggu kat wad dan tgk mcm mana, sebab diaorg takut nanti kalau operate tup tup ada baby lak dalam rahim. Masa aku nak dihantar ke wad, x sakitlah pulak perut aku ni….harapan dlm hati moga Allah selamatkan baby ini. Jika sebaliknya aku terima takdir ini dgn Redha… bersambung…..

 

No comments:

Post a Comment