Thursday 9 August 2012

Kek Batik Biskut Marie rasa Mocha

Resepi seterusnya sangatlah mudah untuk membuatnya. Bulan posa ni kita citer pasal resepi jelah dulu yer hehehehe :)

Bahan-Bahan A :
1 Ketul Buttercup
1 Cawan Gula
1 Biji Telur
1 Cawan Air

Bahan-Bahan B :
4 Sudu Besar Milo
3 Sudu Besar Serbuk Koko
1 1/2 Sudu Besar Nescafe
1 Cawan Air

Bahan-Bahan C :
1 Bungkus Biskut Marie
1 Cawan Nestum

Cara-Cara :
Campurkan kesemua bahan B dan kacau rata. Patah2kan biskut marie jangan terlalu kecil. Saiz sederhana sahaja. Masak bahan-bahan A kecuali telur. Setelah mendidih, masukkan telur dan kacau sehingga sebati. Selepas itu barulah masukkan bahan B dan kacau hingga sedikit pekat. Kemudian rasa. Sekiranya kurang manis tambahlah gula ikut selera. Akhir sekali masukkan biskut yg telah dipatah2kan tadi bersama2 nestum. Setelah biskut adunan menjadi lembut, masukkan kedalam bekas serta mampatkan adunan tersebut. Tunggu sehingga sejuk barulah dimasukkan ke dlm fridge. Setelah adunan sejuk dan keras, bolehlah potong dan sedia untuk dihidang. Kalau ikut betul2 cara2 di atas, dijamin rasa kompom sedap...heheheheheh :)

Adunan yg telah dimampatkan
 
Siap untuk dihidang



No comments:

Post a Comment