Thursday 27 September 2012

Apabila adik bongsu KAMI berkawin....


Bulan Syawal tahun ini adalah bulan yg paling sibuk bagi kami sekeluarga terutamanya keluarga sebelah hband aku. Pernikahan adik bongsu hband yg dinanti2kan akhirnya tiba. Tarikh 8hb Sept 2012 merupakan tarikh pernikahan buat pasangan Net dan Nida. Kami doakan semoga bahagia sehingga akhir hayat serta dikurniakan anak-anak yg comel lg bertakwa. 9hb Sept 2012 pula kenduri besarnya di Dewan Seksyen 24, Shah Alam. Manakala 23hb Sept 2012 pula kenduri sebelah pengantin lelaki di Kapar, Klang.
Hantaran dari pihak lelaki. 7 dulang semuanya.

Pihak perempuan pula membalas 9 dulang.

Mak mertua ku yang comel dan kakak ipar, biras serta anak sedara. Time ni majlis pertunangan baru nak bermula. Buat serentak, bertunang dan nikah dalam satu majlis. Senang dan cepat.
Si baju melayu hijau tu abg kami yg sulung anak ke 3 dari 9 beradik hband ku. Yg 1st & 2nd kakak-kakak. Dia menjadi wakil kami bagi memulakan majlis meminang. 
Setelah selesai majlis peminangan, maka bermulalah majlis pernikahan. Lelaki berbaju oren tu adalah imam yg sdg memberi tazkirah akan tanggungjawab apabila berkahwin kelak. Nampak mudakan imam ni.

 Selesai majlis pernikahan, apalagi....posinglah kan... :)
Lepas tu kami dijemput utk mengisi perut yg dah pun berkeroncong. Nenek pun ada time ni. Mcm org cina x muka nenek?? Sebab memang dia org cina. :)
Hani dengan gaya begnya. Asyik dok bimbit beg tu dgn gaya sedemikian rupa. Sungguh pandailah bergaya dia ni. Kenduri besar akan berlangsung pada keesokan harinya.
Time ni sdg tunggu kat luar dewan. Pengantin lelaki ngan perempuan sdg bersiap2 utk berarak. Sebelum tu, kami bergosiplah dulu. Tengok tu, nampak mcm gosip ibu-ibu mengandung lak...hahahahah. Hanya ada 2 org sahaja ibu yg mengandung di dalam gambar. Siapakah???
Ibu mertuaku senyum gembira bertudung merah. Posing ngan kakak ipar serta biras ku. Sempat bergambar jap sebelum masuk ke dewan. :)
Si mata sayu yang comel, Dania anak Abg Jay ngan Kak Su.
Ada seorang budak x mo memandang kamera. "Dik, boleh x bagi kerjasama sikit" ?
Cousins

Hani masih mengekalkan gaya beg bimbitnya walaupun muka agak kepenatan. Gaya kene ada walau penat sekalipun ........hahahaha
Cousins yang berbaju merah. Sama color lak kita, Zeeshan & Raihana yg sebaya umurnya. 6 bulan je beza.
Acara bersanding. Anak sedaraku yg lelaki menjadi pengapit.
Makan adap-adap. Kakak-kakak ipar serta Mak dijemput makan sekali ngan pengantin.
Inilah keluarga besar kami.

Setelah berehat selama 2 minggu, tiba masanya kenduri di Kapar, Klang pula pada hari Ahad 23hb Sept 2012. Kami adik beradik sudak sibuk pada hari Sabtu lagi. Walaupun menggunakan khidmat katering, segala gift & souvenirs utk tetamu kenalah membanting tulang membuat sendiri. Kami sekeluarga sampai agak lewat sebab time tu anak-anak ada sekolah ganti. Ikutkan mau saje suh anak2 ponteng tapi x bolehlah pulak coz hari tu ada perjumpaan ibu bapa dengan guru kelas utk discuss ttg perkembangan pelajaran anak di sekolah. Sampai je di rumah MIL, terus bantu apa yg patut dan x mo membuang masa lagi.

Tu dia Cik Timah aka Mak mertua ku dah keluarkan arahan kepada anak menantunya...heheheheheh :) Bungkus jangan x bungkus. Cuma tinggal nak bungkus gula-gula utk bebudak, apam polkadot utk tetamu serta sedikit gift utk keluarga sebelah perempuan.

Hari esok tiba jua. Part masak memasak dah x perlu risau lagi. Serah pada katering je. Tauke katering dah cekak pinggang nampaknya. Agaknya nak check apa yg x cukup lagi. Seriusnya muka hehehehehe :) Tauke katering ni jiran baik MIL aku.
Sebelum majlis bermula, kami adik beradik makan dulu. Sat lagi dah nak melayan tetamu. Masa tu sure dah x lalu makan dah. Sedap pulak makanan yg dimasak oleh jiran MIL ku. Cuma bubur kacang hijau je kakak ipar ku buat. Campur durian pulak tu sangatlah sedap.
Makan beradap sebelah keluarga perempuan. Tema sebelah kami adalah merah dan kelabu. Pengantin lelaki nampaknya dah x sabar nak makan. Dah selinsing baju menandakan pengantin dah lapar hehehehehe.
 Sungguh ceria Mak mertua ku dan kakak ipar dihari persandingan si bongsu. Biras ku pun sangat bz time ni mengeluarkan segala souvenir utk diberi kepada tetamu. Opssss si Raihana sudah pandai makan gula-gula. Inilah 1st time dia makan gula-gula. Tak boleh dibiarkan ni. Nanti jadi ketagih pulak. Gula-gula x bagus utk anak-anak kecik. Nanti jadi terlebih aktif lak. Gigi pun cpt rosak. Ibu hanya bagi peluang hari tu je. Pandai pulak dia sebut "Nak tu, nak tu" makan gula-gula terus pandai ckp dua suku kata. Hai lah anak..hmmmmm
Inilah gula-gula sebagai ganti telur rebus. Raihana asyik tunjuk gula-gula ni.
Byk hadiah untuk pengantin.
Nina jadi penanggah pulak. Seronok dia. Mesti nanti citer kat kwn2 sekolah. Pengalaman lah katakan.
 
Tiba masanya, acara membuka hadiah pulak. Penat jugak kenduri kahwin walaupun guna khidmat katering. Kalau masak sendiri atau rewang mau pengsan rasanya. Dapatlah rest seminggu. Sok pagi after subuh kami semua dah nak bertolak ke Kuantan, Pahang. Adik hband ku yg ke 8 pulak punya turn bertunang. Tido semalam di sana. Ahad 30hb Sept 2012 balik ke Shah Alam. Ikutkan, anak-anak kami terlibat dengan sukan tahunan di sekolah pada hari ahad tu. My hband dah bgtau cikgu yg anak-anak kami x dapat menyertainya. Bg tau awal-awal supaya cikgu mereka dapat cari pengganti coz anak-anak dapat pulak masuk final acara lari 200m. Betul-betul ikut aku yg aktif bersukan time sekolah dulu. Tak pe Nina & Mija leh try next year ye. Bukan selalu dapat berkumpul satu keluarga yg besar macam kami. Inilah masanya. Maka manfaatkanlah kenangan bersama-sama adik beradik serta ipar duai. Ok nanti aku sambung pulak rombongan meminang anak dara dari Kuantan :)






No comments:

Post a Comment