Oleh kerana terlalu happy berjaya hamil semula, aku makan ikut suka hati je. Lagi satu, aku x kisah dah nak dapat baby gurl / boy coz apa yg penting aku dah leh hamil semula. Lagipun aku x fokus pun sebelum hamil utk ikut petua cara2 nak dpt baby boy, ialah kan aku dah ada 2 gegirl. Masa tu aku hanya usaha dan matlamat aku utk hamil secara selamat.
Tu perut aku yg besar. Malas tunjuk muka. Raya thn 2009. Nina dan Mija x sabar tunggu adiknya keluar. |
Hamil kalini lak dok tempuh raya. Lagilah makan mcm x ingat. Segala mknan yg tinggi lemak, karbohidrat semua aku bedal. Hari yg dinanti telah tiba. Rasa sakit bersalin tapi x de tanda darah/air yg keluar. Nina dan Mija aku hantar ke rumah mak aku. Terus kami ke hospital. Doc periksa baru bukak 2cm. Pastu Doc estimate perut aku katanya baby mungkin dalam 3.2kg je. Sementara menunggu bukaan, aku jln2 jap. Kononnya kasi cpt sikit bukaan tu terbuka. Sambil tu berkenalan ngan kwn2 yg sdg menunggu masa gak utk bersalin. Semua ckp perut aku nampak tinggi. Mcm belum je masa utk melahirkan. Tapi aku dah rasa sakit. Dah bukak pun. Diaorg semua pelik. Bukak je 4cm, terus kene duduk dalam Labour Room. Esoknya Deepavali tapi masih lagi di Bulan Syawal. Doc pecahkan air ketuban je, lepas tu mmg sakit x ingatlah. Sakit sgt2. Ingat lagi masa tu kul 9.30 mlm. Berjam2 gaklah menahan sakit. Sampai kul 12 mlm pun x beranak lg. Padahal dah bukak 10cm. Payah benar meneran kalini. Sampaikan Doc ngan nurse terpaksa tekan perut secara menolak sambil tu aku meneran. Barulah berjaya keluar. Tapi..........Doc tetiba tekan siren kecemasan sambil menjerit2 memanggil Doc pakar yg lain. Mau x seriauu aku. Apa yg dah jadi?? Baby aku keluar macam superman. Tgn kanan kuar dulu pastu bahu lak tersangkut. Bahasa perubatan panggil Shoulder Dystocia. Baby kuar je terus depa bawa ke bilik lain. Aku sempat tanya kat midwife jantina baby dan berat baby. Baby Girl dgn berat 3.89kg. Mak aiiiii terkejut aku. Patutlah susah benor menerannya. Baby selamat cuma Doc sdg periksa bahunya yg tersangkut tu. Diaorg risau patah je. Risau aku dibuatnya. Bersambung............
No comments:
Post a Comment