Tuesday, 12 June 2012

Pengalaman mengandung Luar Rahim Part 2


Citer kat wad pulak, ada seorang Doktor lelaki Singh…baik sgt.. dia ckp maybe baby tu dlm tiup fallopio kanan aku..aku tanya x leh ke selamatkan baby..Doc tu cakap ngan penuh lembut supaya aku x sedih..katanya x boleh…dia ada pesan klu aku ada sakit kat bhgian dada kanan terus je bgtau nurse…masa pun berlalu..mak,ayah,ngan adik2 aku dtg melawat…mak bawa anak aku Nina ngan Mija…sdg berborak tetiba sakit tu dtg…kalini lagi teruk sakitnya sampai ke dada..sampai x leh bercakap..masa tu rasa mcm nyawa di hujung tanduk…keluarga aku jadi panik panggil nurse…ingat lagi mak aku suh aku susukan Mija…

nina n mija (yg pakai baju biru tu....)

..masa tu saat yg paling sedih aku rasa…manalah tau itulah hari terakhir aku susukan anak aku tu..air mata aku mula mengalir..itu je yg mampu..dlm minda teringat mcm2 dosa…Ya Allah ampunkan aku andai harini hari terakhir aku di dunia…Hband aku sedih dari tadi…adik2 aku tetiba minta maaf..nampak benor ada wat salah kat aku hahahahaha….Nurse tolak aku ke bilik Doktor…scan lg sekali..Doc tu kata dalam rahim aku gelap..nampak mcm dipenuhi darah..Doc Tanya aku anak ada brp org..time tu ada 2 daughters. Doc ckp dia x sure apa dah jadi pd rahim aku..semuanya akn diketahui selepas dibedah, andainya rahim aku x dpt diselamatkan..aku x berpeluang utk hamil lagi. Doc ckp kalau aku lambat ke Hospital mungkin aku x dpt diselamatkan…masa tu Doc ckp aku hanya tinggal peluang 50-50 utk hidup…bersyukur sgt Doc kata aku ambil langkah bijak terus ke Hospital dgn segera. Lepas pembedahan Doc bgtau hband aku yg rahim aku ok. Cuma tiub fallopio sebelah kanan terpaksa dipotong coz baby dok dlm tu, baby tu umurnya dlm 6-7 minggu….



rasa sedih lak, agaknya klu baby tu selamat mesti umurnya dah 5thn skg ni. Tapi semua yg berlaku adalah takdir…pasti ada hikmah disebalik semuanya ni dan juga ianya merupakan pengajaran padaku. Lepas kejadian tu terasa sungguh menyesal memakai IUD. Walaupun Ectopic itu terjadi setelah sebulan IUD dibuka. Lgpun lepas buat pap smear Doc suh bukak IUD tu coz ada fungal kat alat tu, mungkin gak sebab tu ke?? Lg satu rasa pelik gak leh pregnant sedgkan aku dah mkn pil perancang lepas buka IUD tu. X penah miss pun, tp ye lah kuasa Allah kalau nak pregnant tu tetap akn terjadi. Doc kata bukan pil perancang penyebabnya, nak kata IUD tp dah bukak. Kata Doc kalau IUD still kat dlm rahim mmg itulah penyebabnya. Doc pun dah konpius. Pada aku ianya adalah suratan takdir. Bg setiap kehamilan utk mereka yg x pernah kene ektopik peluang utk terjadi dlm 3% manakala sekiranya dah pernah kene lak dlm 15% leh kene semula. Peluang utk aku hamil semula adalah 50% sebab tiub pun dah tinggal sebelah. Lepas kejadian tu aku mmg bertekad x mo lg guna apa2 jenis perancang kehamilan, rancang sendiri dah lah. Tp serius rasa takut nak hamil lg…takut jadi lagi..kalau jadi lagi maknanya tiub kiri lak kene buang, pastu dah x leh hamil secara semulajadi, kene lak guna tabung uji. ishhh mcm2 yg aku pk kan. Hband aku lak cadangkan x yah lah pregnant lagi dlm waktu terdekat, biar jarak 7-8thn even Doc ckp dlm 2 thn dah leh jika aku nak pregnant semula. Tp setelah genap 2 thn after operation aku usaha gak nak hamil lg. Alhamdulillah berjaya..
Nanti aku citer di entry yg lain lak… :)

8 comments:

  1. sedih lak pas bace...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman hidup yg paling bermakna :)

      Delete
  2. Salam akak. Kita pn br start mkn pil perancang qlaira. DR suh makan slama 3 bulan sbb nak regulate period. So kisahnya br mkn xsmpi sebulan. Rs hr yg ke 18 lupa nak mkn..pastu beberapa hr sebelum tu perut jd sakit memulas rs smpi kat tulang punggunh. Tetibe lak gatal nak bt upt sbb mmg ada stok kat umah. Upt tu naik 2 line. Blh ke preggy? Pastu plak few days b4sakit perut tu ada blood stain kat panty...4 info sy dah 5thn kawin n nak sngt baby. Sblm ni thn ke 4 pnah gugur..7weeks. Since dr tu period xregular..kdg2 smpi 20 hr per month. need ur opinion on that

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Salam....maaf coz lambat akk reply, boleh jadi jugak preggy..better g check Doc. Buat scan ke...sebab risau jugak. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Kalau kita bertindak awal, anything happen,leh cepat2 tau dan buat apa yg patut. Hmmm lama jugak sampai 20 hari...mungkin boleh guna kaedah tradisional pulak ke untuk merawat rahim. Cth produk seri dewi malam..sekadar pendapat. X salah mencuba sebab ramai dah berusaha untuk mendapatkan cahaya mata dgn kaedah jamu dengan izin Allah..

      Delete
  3. Salam, akak de mkn ubat ape2 x lepas operate ectopic dlu..sya dah 4 bln operate ectopic..kdg2 terasa ngilu di bekas operate 2..sya juga igt nak cba mgandung lg lpas ni..tp tkot kes ectopic akn berulang lg..ada x supliment yg boleh di ambil bg mguatkan rahim atu sbgainya yg ssuai gan sya..nak ambk sebarangan tkot akan memburukkan keadaan lg je..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum... saya pun Left ectopic pregnancy.. baru last week kene tebuk,tgh dlm pantang lagi ni. sy mmg plan nak jarak 6 months to 1 year baru preg sebab takut berulang :( dah la baby 1st... skrg ni takut je tak bole pregnant lagi tak tau nak control emo mcm mana.. skrg saya asyik google je betul ke ada org preg walaupun 1 tiub, senang ke nak preg?! semua kuasa Tuhan tapi saya manusia biasa yg ingin zuriat sendiri T_T" doa yg terbaik amin..

    ReplyDelete