Showing posts with label Shoulder Dystocia. Show all posts
Showing posts with label Shoulder Dystocia. Show all posts

Wednesday, 11 July 2012

Baby ke 3 Shoulder Dystocia

Besar x saya???
Debaran menunggu babyku di Labour Room. Hopefully selamat hendaknya. Alhamdulillah baby selamat. Agak terkejut melihat baby ku kalini agak tembam dari yg sebelum2 ini. Mana x nya, berat baby 3.89kg!!. Fuhhh mcm x caya je. Patutlah amat payah baby nak kuar. Doc dan nurse tinggalkan aku,baby ngan hband dlm Labour Room. Bahu kanannya agak lebam sikit. Apa yg aku perasan dia x mo angkat langsung tgn kanannya. Doc kata maybe mcm terseliuh sikit. Tgk sok mcm mana kata Doc. Pastu aku di transfer ke wad. Masa tu dah kul 3-4pg kot. Sok pg tiada perubahan pada tgn kanan anak aku. Dia nangis bila cuba angkat tgn kanan. Doc decide letak kat NICU.

Kalau diperhatikan dlm video di atas, tgn kanannya dia x mo gerakkan apatah lg nak angkat. Time ni baby kat NICU. Kat wad pulak, org lain bz ngan baby, aku bantai tido je. Penat x hilang lg. Meneran baby yg besar dari sebelum2 ni memerlukan tenaga yg byk sgt. Setiap kali time melawat jenuh gak citer yg baby aku kat NICU. 4 hari gak ler dok kat wad. Masa Doc dtg periksa, aku ada tanya mcm mana ngan tgn baby. Doc kata dia x pasti. Kalau patah still boleh pulih cuma yg bimbangnya kalau urat kat situ putus maknanya tgn dia sampai besar x leh berfungsi. Sungguh sedih masa tu. Terus aku call hband suh cpt dtg. Pakar fisio dtg memeriksa babyku. Dia guna ais letak kat bahu baby. Baby memberi respon menggerakkan tgn. Maknanya tgn dia cuma terseliuh dan aku perlu meneruskan terapi ais di rumah sekali sekala agar tgn kanannya aktif serta sembuh. Hari ke 4 tu dptlah balik rumah. Alhamdulillah setelah kerap terapi tgn anakku di rumah, akhirnya tgn kanan dia kembali pulih. Sedara mara yg dtg semua terperanjat melihat babyku yg tembam mcm dah lepas hari. Lepas ni kalau mengandung lagi kenelah jg pemakanan agar berat baby akn dtg terkawal. Sebab Doc kata kalau baby akn dtg lebih berat dari baby skg, alamatnya ceaser lah. Hmmmmm..
Ni masa baby dah sihat sepenuhnya... Masa ni dlm 3-4bulan kot.



Baby ke 3 kami namakannya Hani Sofea. Kalini aku nekad utk menyusukan baby dgn susuku sendiri tanpa campur susu formula. Masa pragnent aku dah khatam ttg cara mengepam susu utk stok bekerja. Tapi x dapat sampai 2 thn coz masa umur Hani setahun je aku pragnent semula secara x ku jangka. Terperanjat aku ngan hband.
Hani skg..Dah besar pun 2thn ++



Bersambung.............. :)

Friday, 6 July 2012

samb.. Berjaya hamil selepas Kehamilan Ektopik..

Sebelum aku decide utk hamil, ikutkan rasa takut sgt..Setiap kali jumpa Doc kat pelbagai klinik, setelah mereka tau pasal aku, mesti Doc ckp if aku hamil lg, kebarangkalian nak jd ektopic tu kira tinggi gak. Dgr je terus rasa cam x mo lak ngandung. Apa yg buat aku semangat nak mengandung tu bila Doc. Simeran kat Klinik Mediveron Setia Alam memberi semangat kpd aku yg aku still boleh hamil. Katanya peratus nak jadi tu x lah tinggi. Dia meyakinkan aku. Lepas positif je hamil, terus aku g Klinik di Seksyen 13 Shah Alam utk scan. Menghampakan bila Doc kata rahim aku memang dah nampak ada kantung, cuma baby lum nampak lg sebb kecik sgt kot. So Doc suh dtg lagi masa kandungan dah 7 minggu. Berdebar rasa hati nak tunggu sampai 7 minggu sebb biasanya kalau Ektopik time tu dah leh jd Rupture. Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Aku g scan masa baby dah 2bln ++. Itu pun kat klinik lain sebb Pusat bersalin yg sebelum ni kata kalau x nampak lagi janin maybe kene buat sesuatu. Terus rasa cuakkk. Hmmmmm. Kalini scan, Alhamdulillah dah nampak degup jantung baby. Doc kata x yah risau coz baby ada dalam rahim. Rasa cam x tau nak ckp apa. Perasaan sedih+gembira+syukur semua ada.
Oleh kerana terlalu happy berjaya hamil semula, aku makan ikut suka hati je. Lagi satu, aku x kisah dah nak dapat baby gurl / boy coz apa yg penting aku dah leh hamil semula. Lagipun aku x fokus pun sebelum hamil utk ikut petua cara2 nak dpt baby boy, ialah kan aku dah ada 2 gegirl. Masa tu aku hanya usaha dan matlamat aku utk hamil secara selamat.

Tu perut aku yg besar. Malas tunjuk muka. Raya thn 2009. Nina dan Mija x sabar tunggu adiknya keluar.

Hamil kalini lak dok tempuh raya. Lagilah makan mcm x ingat. Segala mknan yg tinggi lemak, karbohidrat semua aku bedal. Hari yg dinanti telah tiba. Rasa sakit bersalin tapi x de tanda darah/air yg keluar. Nina dan Mija aku hantar ke rumah mak aku. Terus kami ke hospital. Doc periksa baru bukak 2cm. Pastu Doc estimate perut aku katanya baby mungkin dalam 3.2kg je. Sementara menunggu bukaan, aku jln2 jap. Kononnya kasi cpt sikit bukaan tu terbuka. Sambil tu berkenalan ngan kwn2 yg sdg menunggu masa gak utk bersalin. Semua ckp perut aku nampak tinggi. Mcm belum je masa utk melahirkan. Tapi aku dah rasa sakit. Dah bukak pun. Diaorg semua pelik. Bukak je 4cm, terus kene duduk dalam Labour Room. Esoknya Deepavali tapi masih lagi di Bulan Syawal. Doc pecahkan air ketuban je, lepas tu mmg sakit x ingatlah. Sakit sgt2. Ingat lagi masa tu kul 9.30 mlm. Berjam2 gaklah menahan sakit. Sampai kul 12 mlm pun x beranak lg. Padahal dah bukak 10cm. Payah benar meneran kalini. Sampaikan Doc ngan nurse terpaksa tekan perut secara menolak sambil tu aku meneran. Barulah berjaya keluar. Tapi..........Doc tetiba tekan siren kecemasan sambil menjerit2 memanggil Doc pakar yg lain. Mau x seriauu aku. Apa yg dah jadi?? Baby aku keluar macam superman. Tgn kanan kuar dulu pastu bahu lak tersangkut. Bahasa perubatan panggil Shoulder Dystocia. Baby kuar je terus depa bawa ke bilik lain. Aku sempat tanya kat midwife jantina baby dan berat baby. Baby Girl dgn berat 3.89kg. Mak aiiiii terkejut aku. Patutlah susah benor menerannya. Baby selamat cuma Doc sdg periksa bahunya yg tersangkut tu. Diaorg risau patah je. Risau aku dibuatnya. Bersambung............