Thursday 27 September 2012

Apabila adik bongsu KAMI berkawin....


Bulan Syawal tahun ini adalah bulan yg paling sibuk bagi kami sekeluarga terutamanya keluarga sebelah hband aku. Pernikahan adik bongsu hband yg dinanti2kan akhirnya tiba. Tarikh 8hb Sept 2012 merupakan tarikh pernikahan buat pasangan Net dan Nida. Kami doakan semoga bahagia sehingga akhir hayat serta dikurniakan anak-anak yg comel lg bertakwa. 9hb Sept 2012 pula kenduri besarnya di Dewan Seksyen 24, Shah Alam. Manakala 23hb Sept 2012 pula kenduri sebelah pengantin lelaki di Kapar, Klang.
Hantaran dari pihak lelaki. 7 dulang semuanya.

Pihak perempuan pula membalas 9 dulang.

Mak mertua ku yang comel dan kakak ipar, biras serta anak sedara. Time ni majlis pertunangan baru nak bermula. Buat serentak, bertunang dan nikah dalam satu majlis. Senang dan cepat.
Si baju melayu hijau tu abg kami yg sulung anak ke 3 dari 9 beradik hband ku. Yg 1st & 2nd kakak-kakak. Dia menjadi wakil kami bagi memulakan majlis meminang. 
Setelah selesai majlis peminangan, maka bermulalah majlis pernikahan. Lelaki berbaju oren tu adalah imam yg sdg memberi tazkirah akan tanggungjawab apabila berkahwin kelak. Nampak mudakan imam ni.

 Selesai majlis pernikahan, apalagi....posinglah kan... :)
Lepas tu kami dijemput utk mengisi perut yg dah pun berkeroncong. Nenek pun ada time ni. Mcm org cina x muka nenek?? Sebab memang dia org cina. :)
Hani dengan gaya begnya. Asyik dok bimbit beg tu dgn gaya sedemikian rupa. Sungguh pandailah bergaya dia ni. Kenduri besar akan berlangsung pada keesokan harinya.
Time ni sdg tunggu kat luar dewan. Pengantin lelaki ngan perempuan sdg bersiap2 utk berarak. Sebelum tu, kami bergosiplah dulu. Tengok tu, nampak mcm gosip ibu-ibu mengandung lak...hahahahah. Hanya ada 2 org sahaja ibu yg mengandung di dalam gambar. Siapakah???
Ibu mertuaku senyum gembira bertudung merah. Posing ngan kakak ipar serta biras ku. Sempat bergambar jap sebelum masuk ke dewan. :)
Si mata sayu yang comel, Dania anak Abg Jay ngan Kak Su.
Ada seorang budak x mo memandang kamera. "Dik, boleh x bagi kerjasama sikit" ?
Cousins

Hani masih mengekalkan gaya beg bimbitnya walaupun muka agak kepenatan. Gaya kene ada walau penat sekalipun ........hahahaha
Cousins yang berbaju merah. Sama color lak kita, Zeeshan & Raihana yg sebaya umurnya. 6 bulan je beza.
Acara bersanding. Anak sedaraku yg lelaki menjadi pengapit.
Makan adap-adap. Kakak-kakak ipar serta Mak dijemput makan sekali ngan pengantin.
Inilah keluarga besar kami.

Setelah berehat selama 2 minggu, tiba masanya kenduri di Kapar, Klang pula pada hari Ahad 23hb Sept 2012. Kami adik beradik sudak sibuk pada hari Sabtu lagi. Walaupun menggunakan khidmat katering, segala gift & souvenirs utk tetamu kenalah membanting tulang membuat sendiri. Kami sekeluarga sampai agak lewat sebab time tu anak-anak ada sekolah ganti. Ikutkan mau saje suh anak2 ponteng tapi x bolehlah pulak coz hari tu ada perjumpaan ibu bapa dengan guru kelas utk discuss ttg perkembangan pelajaran anak di sekolah. Sampai je di rumah MIL, terus bantu apa yg patut dan x mo membuang masa lagi.

Tu dia Cik Timah aka Mak mertua ku dah keluarkan arahan kepada anak menantunya...heheheheheh :) Bungkus jangan x bungkus. Cuma tinggal nak bungkus gula-gula utk bebudak, apam polkadot utk tetamu serta sedikit gift utk keluarga sebelah perempuan.

Hari esok tiba jua. Part masak memasak dah x perlu risau lagi. Serah pada katering je. Tauke katering dah cekak pinggang nampaknya. Agaknya nak check apa yg x cukup lagi. Seriusnya muka hehehehehe :) Tauke katering ni jiran baik MIL aku.
Sebelum majlis bermula, kami adik beradik makan dulu. Sat lagi dah nak melayan tetamu. Masa tu sure dah x lalu makan dah. Sedap pulak makanan yg dimasak oleh jiran MIL ku. Cuma bubur kacang hijau je kakak ipar ku buat. Campur durian pulak tu sangatlah sedap.
Makan beradap sebelah keluarga perempuan. Tema sebelah kami adalah merah dan kelabu. Pengantin lelaki nampaknya dah x sabar nak makan. Dah selinsing baju menandakan pengantin dah lapar hehehehehe.
 Sungguh ceria Mak mertua ku dan kakak ipar dihari persandingan si bongsu. Biras ku pun sangat bz time ni mengeluarkan segala souvenir utk diberi kepada tetamu. Opssss si Raihana sudah pandai makan gula-gula. Inilah 1st time dia makan gula-gula. Tak boleh dibiarkan ni. Nanti jadi ketagih pulak. Gula-gula x bagus utk anak-anak kecik. Nanti jadi terlebih aktif lak. Gigi pun cpt rosak. Ibu hanya bagi peluang hari tu je. Pandai pulak dia sebut "Nak tu, nak tu" makan gula-gula terus pandai ckp dua suku kata. Hai lah anak..hmmmmm
Inilah gula-gula sebagai ganti telur rebus. Raihana asyik tunjuk gula-gula ni.
Byk hadiah untuk pengantin.
Nina jadi penanggah pulak. Seronok dia. Mesti nanti citer kat kwn2 sekolah. Pengalaman lah katakan.
 
Tiba masanya, acara membuka hadiah pulak. Penat jugak kenduri kahwin walaupun guna khidmat katering. Kalau masak sendiri atau rewang mau pengsan rasanya. Dapatlah rest seminggu. Sok pagi after subuh kami semua dah nak bertolak ke Kuantan, Pahang. Adik hband ku yg ke 8 pulak punya turn bertunang. Tido semalam di sana. Ahad 30hb Sept 2012 balik ke Shah Alam. Ikutkan, anak-anak kami terlibat dengan sukan tahunan di sekolah pada hari ahad tu. My hband dah bgtau cikgu yg anak-anak kami x dapat menyertainya. Bg tau awal-awal supaya cikgu mereka dapat cari pengganti coz anak-anak dapat pulak masuk final acara lari 200m. Betul-betul ikut aku yg aktif bersukan time sekolah dulu. Tak pe Nina & Mija leh try next year ye. Bukan selalu dapat berkumpul satu keluarga yg besar macam kami. Inilah masanya. Maka manfaatkanlah kenangan bersama-sama adik beradik serta ipar duai. Ok nanti aku sambung pulak rombongan meminang anak dara dari Kuantan :)






Friday 21 September 2012

Raya serta akibat makan tak beringat ...

Bulan Syawal telah pun berakhir. Sepanjang bulan raya tu, aktiviti hujung minggu sangatlah padat. Dengan jemputan open house, kenduri kahwinlah, kenduri aqiqah dan sangatlah bz kerana adik hband kawin time bulan syawal sebelah pengantin perempuan manakala ahad ni 23hb 9 2012 sebelah pengantin lelaki. Byk gak umah sedara mara yg x dapat nak g raya thn ni coz jadual yg sgt2 padat.
Jalan-jalan open house...Eh ada buaian lak. Anak-anak happylah dapat naik buaian ni. Berebut nak naik sampai tersepit Raihana.

Kakak Mija yg baik hati menyuap si adik makan. Open house sekali ngan kenduri Aqiqah di Taska Nurul Jannah. Kami gunakan khidmat penghantaran ke sekolah agama, so Tuan Taska x lupa menjemput Kami. :) Apa pun makanan kat Taska ni sangat-sangat sedap. Apa x nya, katering dari jauh nun di Batu Pahat, Johor. Memang sedaplah semua makanannya.

Nama pun Taska so sure ada segala permainan ni. Anak-anak bukan nak makan sangat tapi nak main. X pe mainlah, ibu pun x kisah coz ada lagi 5 open house nak kene pergi. Mana nak letak perut ni hmmmm :) ishh mengeluh pulak, x baik...Rezeki dari Allah.
 

Singgah rumah mak di Shah Alam coz dpt jemputan kenduri kahwin dari jiran mak. Khemah agak panjang. Sekali tgk dah mcm kenduri kahwin kat umh mak...hihihihi

Pengantin perempuan yg sgt berseri. Lama x tengok pengantin pakai songket zaman skg ni. Serius nampak cantik sekali.

Raya umah adik beradik hband. Macam biasa anak-anak hanya tahu main je. Hani siap pakai spek mata hitam lagi. Hmmmm dah mcm taska diaorg sepahkan mainan.

Kat kenduri rumah mak sedara hband, aku x beringat makan tapai ubi. Lupa yg Raihana full breastfeeding. Byk pulak tapai yg aku dah mkn sbb sedaplah pulak tapainya. Mesti sipembuat tapai tu tgh happy dan membuat tapai dengan seikhlas hati. Bak kata Chef Jo masak dari hati..hehehe..

Akibatnya mlm tu Raihana meragam. Memang x tido malam kami dibuatnya. Sok pagi tgk habis naik ruam kat kaki ngan badan. Sepanjang baby Raihana menyusu ni aku mmg x pernah makan tapai. Nak kata alahan pada makanan-makanan yg diambil,x mungkin coz sebelum ni aku makan Raihana ok je. Tapi sejak makan tapai Raihana jadi mcm ni so kompomlah tapai penyebabnya. Lepas ni nak kene beringat-ingat.
Bukan tu je penangan terlalu banyak makan di open house jugaklah, hbandku pulak kene food poisoning. Hmmmm kesian. MC sehari. Itupun esoknya keje still x sihat gak tapi pergilah jugak lagipun byk kerja nak kene buat.
Kaki tembam Raihana sudah naik ruam





Banyak naik ruam alahan kat kaki dia. Apalagi, sapu Scalp Cream macam biasa diikuti ngan ISB. Dekat 5 hari kulit dah ok. Pasni tobat nak kene hati-hati makan. Bukan ibunya yg kene tapi anak yg akan terkena impaknya. Nanti aku story skit pasal kenduri kawin adik ipar. Lagipun sok dah nak balik umah mertua menolong apa yg patut.




Thursday 6 September 2012

Ekzima: Foto-foto Tempoh Steroid Withdrawal yang ......

Entry yang lepas aku dah kenalkan produk MooGoo iaitu produk yg KAMI gunakan untuk merawat ekzima Mija. Pada entry kali ini, ingin aku paparkan sedikit foto-foto sebelum, semasa dan selepas TSW (topical steroid withdrawal) hasil menggunakan produk MooGoo dgn penuh kesabaran. Ini pun hanya sebahagian foto yg sempat dirakam coz sgt bz time tu nak handle 3 anak yg sdg mengalami tempoh TSW walaupun lagi 2 anak melaluinya dlm tempoh yg singkat kerana tidak terlalu lama terdedah ngan krim topical steroid. Syukur kehadrat Illahi dikurniakan suami yg sgt rajin menyapu krim terhadap Mija dikala hatiku tidak kuat. Thanks abg kerana begitu sabar, memahami dan turut bersama meluangkan masa study kat group Natural Healing For Asthma Allergies Eczema.


Gambar di atas bertarikh 23/4/2012 setelah almost sebulan menggunakan MooGoo. Mula menggunakan MooGoo pada 2/3/2012. Masa ni Mija dah start pedih tapi still boleh bertahan.


Nampak x kulit yg kehitaman tu? Ha...itulah kulit sebelum menggunakan MooGoo. Sudah nipis serta semakin gelap. Ok, masa ni dah mula kuar putih-putih bertompok. Kulit ketika ini sangat pedih apabila terkena air. Semasa mandi, Mija akan meraung dan rasanya mungkin jiran sebelah menyebelah boleh terdengar. Jangan mereka fikir aku dera anak sudahlah yer hehehehe :)

Sebelum ni kami memang kekurangan ilmu tentang bahaya penggunaan krim topikal steroid, maka bahagian nilah paling kerap ditenyeh krim steroid. Banyak jenis rasanya krim steroid yg pernah aku gunakan. Sekiranya anda ingin mengetahui sesuatu krim itu mengandungi steroid atau tidak sila layari http://www.mims.com. Ada juga mak-mak di luar sana bertanya kepada saya, "La, awak sapu selalu ke steroid?? patutnya sapu time ekzima datang pastu dah ok sapu pelembap je.." silap sebenarnya pemahaman spt itu. Kalau dah kerap sapu steroid, memanglah lepas sapu kulit yg radang jadi licin tapi lepas 2 minggu ekzima datang semula. Inilah dinamakan ekzima disebabkan steroid dan bukan lagi hanya disebabkan trigger factor semata-mata. Topik steroid ada ku ceritakan dlm entry sebelum ini. Kalau nak tau lagi meh klik info yg sangat berguna untuk anda semua iaitu http://krupkrup.blogspot.com/2012/06/ketagihan-pada-krim-topikal-steroid.html . Anda pasti terkejut melihat gambar anak-anak yg menderita akibat ketagihan steroid. Oleh itu mulai sekarang Katakan X NAK pada krim TOPIKAL STEROID (dah mcm iklan berenti merokok pulak hehehehehe )

28/5/2012
Mandi laut pada 3/6/2012 supaya luka cepat baik
Pic yg bertarikh 28/5/2012 tu time Mija dah x leh nak bengkokkan kakinya. Jalan pun susah. Kena berdukung kalau dah susah sgt dia nak berjalan. Itu belum lagi masyarakat sekeliling memandang kami. Ada yg suh itu dan ini. Kami pekakkan telinga je time tu.

Pada 3/6/2012 kami ke Teluk Batik. Sebenarnya g kenduri kawin di Manjung. Alang-alang dah sampai maka kami singgah ke Teluk Batik. Teringatkan perbincangan dalam group tersebut untuk luka cepat kering rendamlah di dalam air laut. Tapi Mija x nak. Terpaksalah si Ayah mendukung dia. Dapat rendam sikit pun jadilah. Mija punyalah meraung habis semua org berkelah kat pantai dok peratikan kami je dengan penuh tanda tanya...... Kitaorg buat dek jelah. Lepas berendam, dia dok bergaru seperti gambar di atas. Memang lepas tu nampaklah berhasil. Luka cepat kering dan kurang sikit dia bergaru pada malam harinya. Boleh lihat gambar bertarikh 11/6/2012 di bawah.

11/6/2012
Alhamdulillah, bulan 6 ada rezeki lebih. Maka kami bercadang untuk membuat RAST test bagi mengetahui lebih lanjut apakah trigger factor ekzima Mija melalui sampel darah. Ini lebih memudahkan untuk kami menguruskan Mija nanti. Satu ilmu yg aku dapat di group Natural Healing ialah, apabila anak kita ada ekzima, bawalah dia ke immunologist bukan dermatologist coz ekzima bukan hanya kulit yg gatal dan merah tetapi ianya berkait rapat dengan sesuatu alahan yg berpunca dari sistem imun yang tidak normal sehingga menyebabkan kerosakan kulit. Kalau kita jumpa pakar kulit kebiasaannya pakar kulit akan memberi ubat krim yg mengandungi steroid. Klik ini untuk info lanjut rawatan ekzima.

Keputusan RAST Test Aina Mirza

Kami agak terkejut setelah melihat keputusan RAST test Mija. Walaupun mungkin tidak seteruk anak-anak yg lain. Mija mempunyai alahan yg tinggi pada HABUK dan HAMA. Tidak syak lagi yg ni memang ikut aku kot. Sebab aku memang x leh dgn habuk ni confirm asthma menyerang serta merta. Dah tu berhari2 gak baru nak ok. Alahan pada udang pula, Mija memang ikut ayahnya yg akan gatal2 mata dan hidung selepas makan udang. Lipas??? ini memang ikut aku gak coz aku x leh bau lipas nanti mulalah asthma. Aku boleh kesan bau lipas tau walaupun lipas tiada depan mata. Mmg aku x tahan bau lipas ni. Hmmmm...aktiviti seterusnya memastikan rumah kami tip top dari habuk. Menu pula, tiada lagi utk makan seafood lepas ni. Kalau nak makan pun just makan sotong je. Aritu Mija test gak mkn sotong. Alhamdulillah x gatal walaupun dah berhari2. Tapi ayahnya memang x tahan gak ngan sotong. So, better x yahlah mkn seafood dlm menu harian keluarga kami untuk kebaikan satu famili. Dog Dander?? Nasib baik jiran terdekat x bela anjing :)

Terus g beli spray Anti-Dust Mite kat farmasi berdekatan
Lepas je beli spray ni, apalagi terus aje sembur pada sofa, tikar buluh, langsir dan semua tilam yg ada. Arahan untuk menyembur ada tertulis kat botol. Letih nak citer kat sini hehehe.

Aktiviti mengemop bermula di bahagian Ruang Tamu
Lepas mop, terus hampar Tikar Buluh dan Tikar Evamatic
Dining area lak, Carpet terus x hampar dah. Biarlah begini lagi OK
Mengemop lantai pula merupakan aktiviti yg wajib pd setiap hari. Cadar bilik kami tukar sekerap yg boleh. Tuala pun sama gak. Boleh dikatakan, rumah kamilah paling kerap menyidai cadar dan tuala di luar. Boleh jadi juara antara jiran yg paling kerap sidai cadar ahakssss :)


Lihat Gambar di atas. Gambar ini bertarikh 27/6/2012. Kulit semakin baik. Tiada lagi tangisan Mija semasa mandi. Setelah aku melakukan aktiviti mop setiap hari dan Mija lebih berdisplin tidak mahu lagi ambil junk food yg sememangnya x elok utk budak Ekzima. Dia pun dah x nak makan aiskrim lagi. Sesekali tu adalah juga. Dia pun x mo menempuh kegatalan kulit coz makanan yg manis-manis serta mempunyai MSG mmg x bagus untuk org yg ada ekzima. Bukan itu aje, perhatikan krim-krim yang digunakan,even x de steroid, kalau ada bahan kimia dan pewangi juga tidak bagus.

Pada awal bulan 7 aritu, kami beli Air Purifier. Hanya mampu sewa beli dari COWAY je iaitu RM100 sebulan selama 5thn. Lepas 2thn samada nak sambung bayar atau dah bosan leh pulangkan kembali pada Coway. Lepas 5thn barulah jadi hak milik kita. Tiap-tiap 3 bulan, CoLady akan dtg buat servis. Harga sewa tetiap bulan tu dah termasuk servis. Cuma lepas habis bayar sok, servis kenelah bayar yer. Hasil perbincangan di forum-forum, kami decide beli jenama COWAY coz banyak hospital yg guna brand ni dan salah satunya adalah Hospital Sungai Buloh. Hajat hati nak beli jenama Rainbow tapi apakan daya belum mampu. Harganya bikin buat aku dan hband melopong lama...RM7K-8K tu perghhhhh kopak dibuatnya...tapi tetap mempunyai impian memilikinya suatu hari nanti, InsyaAllah.
Lampu biru menunjukkan tahap udara di rumah adalah bersih dari habuk & lain-lain
Ciri-ciri Air Purifier Coway
Memang nampaklah perubahan selepas menggunakan Air Purifier, tambahan pula aku semakin berdisplin memastikan rumah sentiasa bersih dari habuk. Kami jarang selsema, batuk dan asthma. Paling penting memang perubahan ketara pada Mija apabila tido diwaktu malam lebih lena dan x menggaru lagi. Kalau menggaru pun sebaik pulang dari sekolah kerana berpeluh atau terdedah pada trigger factor.

Milk Soap
Aku cuba pula guna Milk Soap sebagai mandian anak-anak aku semua sebaik sahaja Milk Wash habis. Anak ramai cepatlah habis itu sabun :) Try ni pulak kot-kot lebih jimat. Serius jatuh hati ngan Milk Soap. Memang best dan kulit rasa lebih lembut. Jimat pun jimat...

Seronok sangat bila mak ayah, MIL, adik-adik aku semua menegur yg kulit Mija semakin lembut dan cerah berseri. Masa ni kan, rasa nak nangis sangat bila pegang lengan Mija rasa lembut dan licin. Tiada lagi rasa kasar serta menggerutu. Menangis bukan sedih tapi gembira serta bersyukur sangat. Tak sangka yg akhirnya kulit Mija akan menjadi lembut. Sedangkan pada asalnya ekzima yg hanya sedikit dan sepatutnya boleh dikawal menjadi teruk hanya kerana ketagih steroid. Terpulanglah pada anda jika mahu meneruskan menyapu krim topikal steroid hanya kerana nak nampak kulit licin walhal ianya hanya sementara. Jangan jadi macam anak kami menjadikan krim steroid sebagai amalan selama 6tahun!!!.

Gambar di bawah merupakan gambar terkini Mija bertarikh 3/9/2012. Kulit bila disentuh licin dan lembut. Tinggal parut2 luka kesan menggaru sehingga berdarah. Now, lepas mandi je sapu MooGoo supaya kulit anak-anak sentiasa lembap. Lepas dah habis proses TSW memang jimat sangat guna krim MooGoo. Terasa lambat pulak nak habis krimnya. Hmmm belagak pulak :) - (Sebenarnya nak citer betapa jimatnya guna krim MooGoo lepas habis tempoh TSW)


Lihat perbezaan gambar di bawah. Sangat ketara. Kulit selepas menggunakan rawatan dengan MooGoo menjadi lebih cerah dan licin berbanding menggunakan krim steroid dan krim pelembap AQ yang mana kulit gelap, makin nipis serta kusam. Ala-ala iklan produk pencerahan kulitlah pulak.

Sebelum rawatan menggunakan produk Natural (MooGoo)
Selepas 5 Bulan menggunakan produk MooGoo
Anak ke4 kami pula Raihana juga mendapat Ekzima semasa umurnya 4bln. Kalau nak tau pada awalnya dulu Mija juga spt Raihana mempunyai Ekzima yg tidak teruk. Bayangkan kalau kami terus sapukan Raihana krim steroid spt apa yg telah terjadi pada Mija. Mau ekzimanya jadi teruk kerana steroid. Tapi, sempat gak ler Raihana merasa sapuan krim steroid. Alhamdulillah cepat kami tau. Terus x sapu dah krim RACUN tu. Begitu juga anak ke3 ku Hani. Kedua-duanya juga melalui proses TSW semasa kakaknya juga turut melaluinya. Nasib adik-adiknya x lama sangat. Dalam sebulan je dah ok.
Ekzima di muka Raihana ketika umur 4Bulan++ (Pandai pulak buat muka sedih)
Kulit semakin gebu setelah setia bersama MooGoo :)
Jadikanlah story ku ini sebagai iktibar dan panduan sekiranya anda rasa ianya berguna. Bukan niat untuk mendapat pujian mahupun glamor. Sekadar satu perkongsian pada mereka yg mungkin mencari-cari rawatan yg sepatutnya untuk anak-anak Ekzima. Sebenarnya, ada hikmah juga anak aku ekzima. Sebab, secara tak langsung aku menjadi semakin rajin mendalami ilmu berkaitan serta mendisplinkan diri kami sekeluarga jugak. Pada ibu bapa di luar sana, jika anak-anak anda sedang melalui tempoh TSW, sabar banyak-banyak ok. Banyakkan berdoa. Memang pada mulanya nampak cam lagi teruk je sapu MooGoo jika pernah sapu krim steroid sebelum ini. Sebenarnya ianya memerlukan sedikit masa sebab MooGoo bukanlah krim magic macam steroid sapu arini sok baik :). Natural produk perlukan masa. Kalau rasa cam give up, cer baca citer aku kat atas kot2 akan meningkatkan keyakinan anda. Kami yakin anda pasti boleh lakukannya.

Sebelum tidur sapu MooGoo :)
Sekian......Selesai sudah entry tentang Anak Aku Ekzima.