Showing posts with label Steroid. Show all posts
Showing posts with label Steroid. Show all posts

Sunday, 2 September 2012

Ekzima-Rawatan tanpa Steroid

Assalamualaikum semua..... Lama sungguh x update blog kerana bz memanjang lagi2 di bulan ramadhan dan diikuti bulan syawal pula. Rasanya belum terlambat lagi utk aku ucapkan " Taqabballahuminnawaminkum dan Selamat Hari Raya kepada semua yg beragama Islam. Selit sikit gambar raya anak-anak.....

Pink Purple tema KAMI tahun ni tau....
Now nak sambung entry Anak kedua kami Ekzima. Diringkaskan citer.... macam2 cara dan usaha utk merawat Mija. Lepas satu produk ke satu produk mencuba. Akhirnya aku nekad mencuba produk MooGoo. Alhamdulillah serasi. Syukur kehadrat Illahi. Produk MooGoo ni dijamin 100% natural tau. Jika anak anda termakan ke x perlu risau. Cuma rasanya mungkin x sedap. Leh search kat sini untuk produk MoGgoo.
Produk moogoo boleh didapati di Farmasi Caring dan Vitacare. Kat area umah aku di Setia Alam banyak gak farmasi yg jual. Selain Farmasi Caring di Setia City Mall, kat kedai berdekatan rumah pun ada jual. Setakat ni aku jumpa kat Farmasi EDEN ngan WellMed. Apa yang best, kat farmasi EDEN ada gak Lip Balm ngan Milk Soap dari MooGoo yg x de jual kat Farmasi Caring ngan Well Med di Setia Alam. Nak beli online serius aku malas. So kat Setia Alam banyak pilihan farmasi utk aku cari MooGoo. 

Selain MooGoo untuk krim luaran, aku belikan Mija Olivenol Plus utk upkan Immune System dia. InsyaAllah kulit cantik, selsema susah nak kena,yg penting kuranglah dia menggaru masa proses Steroid Withdrawal. Seperkara yg aku nak tekankan di sini, kalau anak kita dah pernah pakai apa2 krim steroid, kene menghadapi proses Steroid Withdrawal bila mencuba produk natural. Hati kene kuat beb. Kena banyak sabar, tabah dan seangkatan dengannya. Kena bekerjasama ngan hband sekali. Kene pahamkan apa itu steroid dulu, bahaya serta kesan jangka masa panjang menggunakannya. Kene gak paham apa itu ekzima yg dah aku citerkan pada entry yg lepas. Paling penting dah ready utk proses steroid withdrawal. Macam Mija dah dekat 6thn terbiasa ngan penggunaan steroid. So dah tentu kulit dia ketagih steroid. Tetiba sapu lak krim bukan steroid, kompomlah bertindak balas. Mija pun dah ready nak hadapi. Sebenarnya, terdapat pelbagai produk natural di pasaran. Aku choose MooGoo coz ianya boleh digunakan dari peringkat baby sampai ke mak & atuk nenek si baby. Harga memang nampak mahal tapi sebenarnya berbaloi dari segi penggunaan 1 family serta kuantitinya yang banyak. Permulaan utk proses steroid withdrawal mmg banyak pakai duit. Jujur aku katakan beribu gak habis utk rawatan Mija di campur ngan RAST test dia. Tapi bila Ekzimanya dah terkawal memang jimat dan berbaloi-baloi. Hati kita sebagai ibu bapa pun senang bila tiada lagi gangguan tido si anak diwaktu malam utk sesi garu menggaru. Ok meh aku tunjukkan produk yg aku guna tu yer.....

MILK WASH
First step aku mandikan Mija menggunakan Milk Wash. Now bukan saje Mija, Hani dan Raihana juga menggunakan mandian yg sama kecuali Nina yg tiada masalah Ekzima juga Asthma. Hani dan Raihana buat masa ni mempunya mild Ekzima dan terkawal. Pernah pakai steroid tapi dalam jangka masa yg x lama. X silap dalam 2-3 bulan kot itupun just main2 je letak.Kiranya x bersungguh menyapu krim tu. Mereka berdua turut mengalami Steroid Withdrawal tapi x lama seperti Mija. Dalam sebulan kot kulit diaorg dah ok serta gebuss...Kalau org tgk kulit Hani ngan Raihana org pun x akan sangka yg mereka pun ada Ekzima....maknya dah pandai manage bebudak Ekzima ni hasil menggoogle dan juga x lupa perbincangan dalam group Natural Healing for Athma, Allergies & Ekzima....:)

Lepas mandi, aku akan sapu Full Cream untuk Mija dan Udder Cream untuk Hani serta Raihana. Full Cream ni 2X ganda lembap dari Udder Cream.

UDDER CREAM & FULL CREAM

Lepas sapu krim ni, dalam 5-10 minit tu aku akan sapu MSM  pulak pada kulit yang radang dan merah. Tujuannya utk mengawal/menghilangkan bahagian yg merah serta gatal dan membantu mengembalikan kulit yang lebih sihat. Ini utk Mija. Untuk Hani dan Raihana jarang kot letak. Itupun kalau tetiba je kulit mereka jadi merah.

MSM SOOTHING CREAM
ISB CREAM
Manakala bahagian kulit gatal, ISB sangatlah penting dalam membantu mengurangkan keadaan gatal. Dalam proses Steroid Withdrawal, kulit sangat mudah mengering. So setiap 2-3 jam aku akan pastikan kulit Mija sentiasa lembap. Aku selangkan sapu MSM / FULL CREAM / SCALP CREAM. Semua krim ni akan melembapkan kawasan yg kering. Scalp Cream pula selain melembap, ianya juga boleh merawat kulit yg radang. Utk muka Raihana, aku sapu Scalp Cream. Telinga, leher semua aku sapu krim ni. Aku suka krim ni sebab baunya sedap sungguh. Raihana pulak kdg2 bila x perasan dia boleh pulak makan sikit...Adoiiii....

SCALP CREAM

Aku start guna produk MooGoo utk anak2 aku pada awal bulan 3. Proses healing sgt menuntut kesabaran yg tinggi. Kiranya menangis tu dah jadi biasa utk aku pada mulanya. X sanggup tgk bagaimana anak aku menghadapi saat2 proses TSW ni. Menggaru tu mmg sgt2lah kerap. Tapi aku cuba gak kuat. Lama-lama dah jadi kebiasaan dan x de lagi air mata aku keluar walaupun melihat Mija meraung terutamanya bila mandi. Balik sekolah Kebangsaan, terus je sapu. Time nak sapu krim kat kwsn yg dah luka tu, menggigil gak tangan sebab terlalu sedih mengenangkan ketabahan Mija meneruskan proses TSW. Dalam 3 bulan gak barulah nampak perubahan. Kecuali part pelipat kaki yg sgt2 degil coz kwsn nilah paling banyak aku sapu steroid. Hasil study kat dalam Group Natural Healing tu, aku try letak Nappy Balm pulak kat bahagian yg dah luka. Tujuannya agar luka cepat mengering. Alhamdulillah ianya berhasil. Memang dah jatuh hati sgt ngan produk MooGoo ni.

NAPPY BALM
OLIVENOL PLUS

Bagi menguatkan lagi Immune System Mija, aku bagi Olivenol Plus utk dalaman. Raihana pun aku bagi. Alhamdulillah, lepas ambik ni dengan izin Allah, nampak perubahan. Mija dah kurang menggaru. Bila dia kurang menggaru, cepat sikit sembuh bhgian TSW tu. Bukan itu aje, selsema,demam dan batuk pun susah nak kene ngan izin Allah. Kulit pun jadi cantik. 

Ok...nanti aku cerita lagi proses TSW, kulit Mija sebelum dan selepas serta produk tambahan yg aku gunakan. Sudah tentulah MooGoo gak. Sebab 100% Natural. Tiada bahan yg terselindung itu yg penting. Oh ye, sebelum guna produk MooGoo, kena buat patch test dulu ye kat bhgian pelipat ke atau bhgian kulit yg x pernah sapu steroid. Tengok dalam 5 minit, jika x de kesan merah maka anda x alah pada produk natural. 
Almaklumlah, ada gak sesetengah org yg kulitnya alah pada bahan semulajadi. Jika alah pada produk MooGoo terdapat pelbagai brand lagi yg 100% Natural. Bersambung.....

P/S : KAMI sekeluarga memang dah jadi pengguna tegar MooGoo :) . KAMI tiada kepentingan ya ngan syarikat pengeluar produk MooGoo. Bukan duta ke apa ke....:) Apa yg aku ceritakan ni memang pengalaman ikhlas dari aku yg dah lama mencari penawar Ekzima utk anak-anak aku. Apa yg pasti bukan hanya MooGoo tapi kena find gak trigger factor yg menyebabkan anak ekzima. Sebab kalau kita x tau punca penyebab anak kita tetiba alah pun x guna gak kita sapu produk semulajadi ni. Paling penting adalah bagaimana utk kita manage anak2 ekzima ni.


Saturday, 21 July 2012

Ekzima : Anak kedua kami Ekzima

Hampir 6 tahun lebih, anak aku yg ke 2, Mija hanya bergantung pd krim steroid dlm merawat Ekzimanya. Satu tempoh yg cukup lama sehingga aku terperasan yg kulit anak aku semakin gelap dan kulitnya juga x cantik kerana kering. Sedangkan Mija lahir kulitnya cerah. Aku jadi risau, sedih dan sebagainya tambahan pula anak aku tu girl. Mcm2 jenis krim steroid dah aku guna utknya. Tapi bila dah sapu, memanglah esoknya gatal2, kulit kering dan merah terus hilang. Then lagi seminggu / 2 minggu pasti ekzimanya berulang. Mcm tu lah seterusnya sehinggakan aku rasa seolah2 terpaksa bergantung ngan steroid seumur hidup. Ianya menakutkan aku tambahan pulak, setiap kali Doc bg krim tu, sure ada tulis RACUN kat krim serta arahan supaya krim disapu bila perlu je serta sapu nipis2. Ianya membuatkan aku mencari info ttg apakah itu steroid.

Kulit Mija semakin gelap akibat penggunaan krim Steroid dalam tempoh yg lama :(
Seiring dgn kemajuan teknologi maklumat skg, sgtlah mudah utk mencari info ttg steroid. Lalu sejak aku ketahui bahaya steroid ni, aku berusaha utk mencari rawatan tanpa steroid. Byk info dan ilmu ttg steroid yg aku perolehi dari Kak Farah Rahim yg aku kenal di fb yg merupakan admin kepada Group Natural Healing for Asthma, Allergies & Eczima. Boleh klik sini ttg penerangan krim steroid dan klik bagaimana krim steroid bekerja sehingga menindas sistem imun kita.
Setelah memahami apa itu krim steroid, di sini aku terangkan serba sedikit apa itu Atopik Ekzima.

Ekzima ialah keadaan di mana mereka mestilah mengalami :
  • keadaan kegatalan kulit yang melampau
  • An itchy skin condition
Ditambah tiga atau lebih daripada yang berikut :
  • melibatkan pelipat kulit seperti pelipat siku, bahagian pelipat belakang lutut, pergelangan kaki atau di pipi bg bayi
  • sejarah peribadi mengidap lelah (asma) atau resdung atau sejarah penyakit atopik terutama pada keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik)
  • Sejarah mengalami kulit kering pada tahun yang sebelumnya
  • ekzema flexural or ekzema yang kelihatan di pipi dan dahi serta anggota badan luar bagi kanak2 dibawah 4 tahun
  • Permulaan pada 2 tahun pertama anak.
Lebih kurang setengah daripada kanak-kanak yang mendapat ekzema juga suatu hari nanti akan mengalami demam alergi atau lelah dengan sendiri. Alahan merupakan pencetus kpd ekzema. Beberapa faktor persekitaran (seperti haba yang berlebihan atau tekanan emosi) juga boleh mencetuskan keadaan.
Perkataan "atopik" menerangkan keadaan yang berlaku apabila seseorang itu terlalu sensitif terhadap alergen dalam persekitaran mereka seperti debunga, kulat, habuk, bulu haiwan, dan makanan tertentu. "Dermatitis" bermakna kulit meradang, atau merah dan sakit. Kira-kira 1 daripada setiap 10 kanak-kanak adalah pengidap ekzima. Biasanya, gejala muncul dalam tempoh beberapa bulan tahun pertama bayi dan selalunya sebelum kanak-kanak berumur 5 tahun.  
Berbalik kpd penggunaan krim steroid tadi, apabila Mija terlalu lama bergantung kepada steroid, oleh itu ekzima yg Mija hadapi bukan lagi disebabkan oleh faktor alahan sahaja tetapi ekzima Mija menjadi lebih parah adalah disebabkan faktor ketagihan steroid sapuan.

Mengapa dikatakan ketagihan steroid sapuan?
Hypothalamus-Pituitary-Adrenal (HPA) Axis dia dalam badan kita memang menghasilkan steroid samada menghasilkan steroid yang banyak dengan sendiri, dan mengawal jumlah steroid yang dihasilkan.
Aliran maklum balas pada dasarnya mengukur jumlah steroid dalam badan, dan menukar pengeluaran kelenjar adrenal steroid kepada peningkatan atau pengurangan bergantung pada tahap yang telah diukur di dalam badan.Steroid yang biasanya dihasilkan oleh tubuh mengatasi keradangan, merupakan imun-sistem utama yang bertindakbalas kepada jangkitan. Jika tindak balas ditindas iaitu dengan menambah steroid tambahan kepada badan, adalah jelas bahawa jangkitan boleh berkembang dan menjadi lebih teruk memandangkan sistem imun tidak akan dapat melakukan kerja dengan betul. Kebanyakan steroid datang dengan amaran untuk tidak menggunakan mereka jika jangkitan wujud.

Topical steroid dapat diserap ke dalam kulit, dan juga diserap ke dalam aliran darah. Jika terlalu banyak akan diserap, ia akan "menipu" Paksi HPA untuk berfikir yg badan menghasilkan steroid terlalu banyak. Pengeluaran steroid akan dikurangkan dengan sewajarnya. Kebanyakannya, ini membawa kepada masalah "krisis pemulihan" tetapi juga boleh menyebabkan masalah-masalah lain.
Bagi kebanyakan bahagian, krisis pemulihan berlaku kerana Penindasan Paksi HPA (lihat di atas) dan penamatan steroid secara tiba-tiba. Setelah Paksi HPA membuat steroid pada paras yang lebih rendah disebabkan penyerapan sistemik steroid topikal, menghentikan steroid "tambahan" terlalu cepat akan meninggalkan tubuh dengan defisit yang besar dalam bahan-bahan yang mengawal keradangan ini. Sistem imun boleh "menjadi tidak tentu arah" dan keradangan yang lebih teruk akan berlaku.

Sejak aku mengetahui realiti yg ditanggung oleh anakku Mija, aku nekad utk mecari rawatan alternatif selain steroid. Akhirnya aku berjaya menemui rawatan 100% secara natural dan mencari punca alahan agar dapat aku mengurus serta mengawal ekzimanya.