Thursday 9 August 2012

Resepi untuk dikongsi bersama...

Assalamualaikum....lama rasanya x update blog. Almaklumlah bulan posa, jadual harian banyak berubah tambahan pulak memanjang bz. Bangun kul 4.30 pagi utk siapkan sahur for famili. Terus sampai kul 7++ sampailah anak-anak dah g sekolah barulah aku sambung tido. Hmmmm ingat nak sambung topik Anakku Ekzima...nak citer rawatan yg aku gunakan utk anak aku Mija.....,tapi mood kemalasan melanda pulak. Nantilah yer aku citer pd kemudian hari. Now aku nak share resepi. Byk gak resepi yg aku nak post untuk Bulan Ramadhan ni.  Resepi pertama adalah :

Puding Cocktail Kastard

Bahan-bahan :
1tin susu cair
1tin air (air dalam tin buah-buahan campurkan ngan air biasa sehingga jadi 1 tin (sukat guna tin susu tadi)
1 1/2 senduk tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla
*1tin buah-buahan (x kisah brand apapun) - Disejukkan.
*Boleh jika nak tambah buah-buahan mengikut citarasa. Aku guna buah anggur selain buah-buahan dalam tin
Gula secukup rasa

Cara-cara :
Satukan kesemua bahan-bahan di atas di dalam periuk kecuali bahan bertanda *.
Kacau kemudian barulah letak di atas api yg perlahan dan kacau sehingga pekat. Masukkan gula ikut citarasa. Untuk rasa lebih berlemak, letak hanya sedikit sahaja garam.
Setelah puding menjadi likat. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk yg kecik-kecik tu. Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam fridge. Apabila puding menjadi sejuk dan lebih likat barulah masukkan bahan bertanda * Ok siap dan sedia utk dihidang.

Ni lah hasil puding yg aku buat sebagai desert Berbuka Puasa

* Puding ni sesuai utk diletak ke dalam bekas yg kecil tau coz ianya agak lembut serta x sesuai di potong. Hanya sesuai dimakan terus menggunakan sudu.... :)

Selamat Mencuba.......

No comments:

Post a Comment