Thursday, 6 September 2012

Ekzima: Foto-foto Tempoh Steroid Withdrawal yang ......

Entry yang lepas aku dah kenalkan produk MooGoo iaitu produk yg KAMI gunakan untuk merawat ekzima Mija. Pada entry kali ini, ingin aku paparkan sedikit foto-foto sebelum, semasa dan selepas TSW (topical steroid withdrawal) hasil menggunakan produk MooGoo dgn penuh kesabaran. Ini pun hanya sebahagian foto yg sempat dirakam coz sgt bz time tu nak handle 3 anak yg sdg mengalami tempoh TSW walaupun lagi 2 anak melaluinya dlm tempoh yg singkat kerana tidak terlalu lama terdedah ngan krim topical steroid. Syukur kehadrat Illahi dikurniakan suami yg sgt rajin menyapu krim terhadap Mija dikala hatiku tidak kuat. Thanks abg kerana begitu sabar, memahami dan turut bersama meluangkan masa study kat group Natural Healing For Asthma Allergies Eczema.


Gambar di atas bertarikh 23/4/2012 setelah almost sebulan menggunakan MooGoo. Mula menggunakan MooGoo pada 2/3/2012. Masa ni Mija dah start pedih tapi still boleh bertahan.


Nampak x kulit yg kehitaman tu? Ha...itulah kulit sebelum menggunakan MooGoo. Sudah nipis serta semakin gelap. Ok, masa ni dah mula kuar putih-putih bertompok. Kulit ketika ini sangat pedih apabila terkena air. Semasa mandi, Mija akan meraung dan rasanya mungkin jiran sebelah menyebelah boleh terdengar. Jangan mereka fikir aku dera anak sudahlah yer hehehehe :)

Sebelum ni kami memang kekurangan ilmu tentang bahaya penggunaan krim topikal steroid, maka bahagian nilah paling kerap ditenyeh krim steroid. Banyak jenis rasanya krim steroid yg pernah aku gunakan. Sekiranya anda ingin mengetahui sesuatu krim itu mengandungi steroid atau tidak sila layari http://www.mims.com. Ada juga mak-mak di luar sana bertanya kepada saya, "La, awak sapu selalu ke steroid?? patutnya sapu time ekzima datang pastu dah ok sapu pelembap je.." silap sebenarnya pemahaman spt itu. Kalau dah kerap sapu steroid, memanglah lepas sapu kulit yg radang jadi licin tapi lepas 2 minggu ekzima datang semula. Inilah dinamakan ekzima disebabkan steroid dan bukan lagi hanya disebabkan trigger factor semata-mata. Topik steroid ada ku ceritakan dlm entry sebelum ini. Kalau nak tau lagi meh klik info yg sangat berguna untuk anda semua iaitu http://krupkrup.blogspot.com/2012/06/ketagihan-pada-krim-topikal-steroid.html . Anda pasti terkejut melihat gambar anak-anak yg menderita akibat ketagihan steroid. Oleh itu mulai sekarang Katakan X NAK pada krim TOPIKAL STEROID (dah mcm iklan berenti merokok pulak hehehehehe )

28/5/2012
Mandi laut pada 3/6/2012 supaya luka cepat baik
Pic yg bertarikh 28/5/2012 tu time Mija dah x leh nak bengkokkan kakinya. Jalan pun susah. Kena berdukung kalau dah susah sgt dia nak berjalan. Itu belum lagi masyarakat sekeliling memandang kami. Ada yg suh itu dan ini. Kami pekakkan telinga je time tu.

Pada 3/6/2012 kami ke Teluk Batik. Sebenarnya g kenduri kawin di Manjung. Alang-alang dah sampai maka kami singgah ke Teluk Batik. Teringatkan perbincangan dalam group tersebut untuk luka cepat kering rendamlah di dalam air laut. Tapi Mija x nak. Terpaksalah si Ayah mendukung dia. Dapat rendam sikit pun jadilah. Mija punyalah meraung habis semua org berkelah kat pantai dok peratikan kami je dengan penuh tanda tanya...... Kitaorg buat dek jelah. Lepas berendam, dia dok bergaru seperti gambar di atas. Memang lepas tu nampaklah berhasil. Luka cepat kering dan kurang sikit dia bergaru pada malam harinya. Boleh lihat gambar bertarikh 11/6/2012 di bawah.

11/6/2012
Alhamdulillah, bulan 6 ada rezeki lebih. Maka kami bercadang untuk membuat RAST test bagi mengetahui lebih lanjut apakah trigger factor ekzima Mija melalui sampel darah. Ini lebih memudahkan untuk kami menguruskan Mija nanti. Satu ilmu yg aku dapat di group Natural Healing ialah, apabila anak kita ada ekzima, bawalah dia ke immunologist bukan dermatologist coz ekzima bukan hanya kulit yg gatal dan merah tetapi ianya berkait rapat dengan sesuatu alahan yg berpunca dari sistem imun yang tidak normal sehingga menyebabkan kerosakan kulit. Kalau kita jumpa pakar kulit kebiasaannya pakar kulit akan memberi ubat krim yg mengandungi steroid. Klik ini untuk info lanjut rawatan ekzima.

Keputusan RAST Test Aina Mirza

Kami agak terkejut setelah melihat keputusan RAST test Mija. Walaupun mungkin tidak seteruk anak-anak yg lain. Mija mempunyai alahan yg tinggi pada HABUK dan HAMA. Tidak syak lagi yg ni memang ikut aku kot. Sebab aku memang x leh dgn habuk ni confirm asthma menyerang serta merta. Dah tu berhari2 gak baru nak ok. Alahan pada udang pula, Mija memang ikut ayahnya yg akan gatal2 mata dan hidung selepas makan udang. Lipas??? ini memang ikut aku gak coz aku x leh bau lipas nanti mulalah asthma. Aku boleh kesan bau lipas tau walaupun lipas tiada depan mata. Mmg aku x tahan bau lipas ni. Hmmmm...aktiviti seterusnya memastikan rumah kami tip top dari habuk. Menu pula, tiada lagi utk makan seafood lepas ni. Kalau nak makan pun just makan sotong je. Aritu Mija test gak mkn sotong. Alhamdulillah x gatal walaupun dah berhari2. Tapi ayahnya memang x tahan gak ngan sotong. So, better x yahlah mkn seafood dlm menu harian keluarga kami untuk kebaikan satu famili. Dog Dander?? Nasib baik jiran terdekat x bela anjing :)

Terus g beli spray Anti-Dust Mite kat farmasi berdekatan
Lepas je beli spray ni, apalagi terus aje sembur pada sofa, tikar buluh, langsir dan semua tilam yg ada. Arahan untuk menyembur ada tertulis kat botol. Letih nak citer kat sini hehehe.

Aktiviti mengemop bermula di bahagian Ruang Tamu
Lepas mop, terus hampar Tikar Buluh dan Tikar Evamatic
Dining area lak, Carpet terus x hampar dah. Biarlah begini lagi OK
Mengemop lantai pula merupakan aktiviti yg wajib pd setiap hari. Cadar bilik kami tukar sekerap yg boleh. Tuala pun sama gak. Boleh dikatakan, rumah kamilah paling kerap menyidai cadar dan tuala di luar. Boleh jadi juara antara jiran yg paling kerap sidai cadar ahakssss :)


Lihat Gambar di atas. Gambar ini bertarikh 27/6/2012. Kulit semakin baik. Tiada lagi tangisan Mija semasa mandi. Setelah aku melakukan aktiviti mop setiap hari dan Mija lebih berdisplin tidak mahu lagi ambil junk food yg sememangnya x elok utk budak Ekzima. Dia pun dah x nak makan aiskrim lagi. Sesekali tu adalah juga. Dia pun x mo menempuh kegatalan kulit coz makanan yg manis-manis serta mempunyai MSG mmg x bagus untuk org yg ada ekzima. Bukan itu aje, perhatikan krim-krim yang digunakan,even x de steroid, kalau ada bahan kimia dan pewangi juga tidak bagus.

Pada awal bulan 7 aritu, kami beli Air Purifier. Hanya mampu sewa beli dari COWAY je iaitu RM100 sebulan selama 5thn. Lepas 2thn samada nak sambung bayar atau dah bosan leh pulangkan kembali pada Coway. Lepas 5thn barulah jadi hak milik kita. Tiap-tiap 3 bulan, CoLady akan dtg buat servis. Harga sewa tetiap bulan tu dah termasuk servis. Cuma lepas habis bayar sok, servis kenelah bayar yer. Hasil perbincangan di forum-forum, kami decide beli jenama COWAY coz banyak hospital yg guna brand ni dan salah satunya adalah Hospital Sungai Buloh. Hajat hati nak beli jenama Rainbow tapi apakan daya belum mampu. Harganya bikin buat aku dan hband melopong lama...RM7K-8K tu perghhhhh kopak dibuatnya...tapi tetap mempunyai impian memilikinya suatu hari nanti, InsyaAllah.
Lampu biru menunjukkan tahap udara di rumah adalah bersih dari habuk & lain-lain
Ciri-ciri Air Purifier Coway
Memang nampaklah perubahan selepas menggunakan Air Purifier, tambahan pula aku semakin berdisplin memastikan rumah sentiasa bersih dari habuk. Kami jarang selsema, batuk dan asthma. Paling penting memang perubahan ketara pada Mija apabila tido diwaktu malam lebih lena dan x menggaru lagi. Kalau menggaru pun sebaik pulang dari sekolah kerana berpeluh atau terdedah pada trigger factor.

Milk Soap
Aku cuba pula guna Milk Soap sebagai mandian anak-anak aku semua sebaik sahaja Milk Wash habis. Anak ramai cepatlah habis itu sabun :) Try ni pulak kot-kot lebih jimat. Serius jatuh hati ngan Milk Soap. Memang best dan kulit rasa lebih lembut. Jimat pun jimat...

Seronok sangat bila mak ayah, MIL, adik-adik aku semua menegur yg kulit Mija semakin lembut dan cerah berseri. Masa ni kan, rasa nak nangis sangat bila pegang lengan Mija rasa lembut dan licin. Tiada lagi rasa kasar serta menggerutu. Menangis bukan sedih tapi gembira serta bersyukur sangat. Tak sangka yg akhirnya kulit Mija akan menjadi lembut. Sedangkan pada asalnya ekzima yg hanya sedikit dan sepatutnya boleh dikawal menjadi teruk hanya kerana ketagih steroid. Terpulanglah pada anda jika mahu meneruskan menyapu krim topikal steroid hanya kerana nak nampak kulit licin walhal ianya hanya sementara. Jangan jadi macam anak kami menjadikan krim steroid sebagai amalan selama 6tahun!!!.

Gambar di bawah merupakan gambar terkini Mija bertarikh 3/9/2012. Kulit bila disentuh licin dan lembut. Tinggal parut2 luka kesan menggaru sehingga berdarah. Now, lepas mandi je sapu MooGoo supaya kulit anak-anak sentiasa lembap. Lepas dah habis proses TSW memang jimat sangat guna krim MooGoo. Terasa lambat pulak nak habis krimnya. Hmmm belagak pulak :) - (Sebenarnya nak citer betapa jimatnya guna krim MooGoo lepas habis tempoh TSW)


Lihat perbezaan gambar di bawah. Sangat ketara. Kulit selepas menggunakan rawatan dengan MooGoo menjadi lebih cerah dan licin berbanding menggunakan krim steroid dan krim pelembap AQ yang mana kulit gelap, makin nipis serta kusam. Ala-ala iklan produk pencerahan kulitlah pulak.

Sebelum rawatan menggunakan produk Natural (MooGoo)
Selepas 5 Bulan menggunakan produk MooGoo
Anak ke4 kami pula Raihana juga mendapat Ekzima semasa umurnya 4bln. Kalau nak tau pada awalnya dulu Mija juga spt Raihana mempunyai Ekzima yg tidak teruk. Bayangkan kalau kami terus sapukan Raihana krim steroid spt apa yg telah terjadi pada Mija. Mau ekzimanya jadi teruk kerana steroid. Tapi, sempat gak ler Raihana merasa sapuan krim steroid. Alhamdulillah cepat kami tau. Terus x sapu dah krim RACUN tu. Begitu juga anak ke3 ku Hani. Kedua-duanya juga melalui proses TSW semasa kakaknya juga turut melaluinya. Nasib adik-adiknya x lama sangat. Dalam sebulan je dah ok.
Ekzima di muka Raihana ketika umur 4Bulan++ (Pandai pulak buat muka sedih)
Kulit semakin gebu setelah setia bersama MooGoo :)
Jadikanlah story ku ini sebagai iktibar dan panduan sekiranya anda rasa ianya berguna. Bukan niat untuk mendapat pujian mahupun glamor. Sekadar satu perkongsian pada mereka yg mungkin mencari-cari rawatan yg sepatutnya untuk anak-anak Ekzima. Sebenarnya, ada hikmah juga anak aku ekzima. Sebab, secara tak langsung aku menjadi semakin rajin mendalami ilmu berkaitan serta mendisplinkan diri kami sekeluarga jugak. Pada ibu bapa di luar sana, jika anak-anak anda sedang melalui tempoh TSW, sabar banyak-banyak ok. Banyakkan berdoa. Memang pada mulanya nampak cam lagi teruk je sapu MooGoo jika pernah sapu krim steroid sebelum ini. Sebenarnya ianya memerlukan sedikit masa sebab MooGoo bukanlah krim magic macam steroid sapu arini sok baik :). Natural produk perlukan masa. Kalau rasa cam give up, cer baca citer aku kat atas kot2 akan meningkatkan keyakinan anda. Kami yakin anda pasti boleh lakukannya.

Sebelum tidur sapu MooGoo :)
Sekian......Selesai sudah entry tentang Anak Aku Ekzima.




35 comments:

  1. very inspiring..tahniah..moga mija & adik2 serta puan sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah.. u should be proud of yourself.. :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..seronoknya tgk bile dh sihat..
    kt mana nk dptkn moogo dear..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mogoo ada jual kat farmasi vitacare, caring, watson pun dah ada...farmasi welmed & farmasi eden pun ada.. mcm yg sy tulis kene buat patch test dulu ye coz moogoo produk 100% natural..tiada bahan kimia maupun sebarang pewangi...test kat kulit/pelipat/mana2 kulit yg x pernah sapu steroid..tgk dalam setengah jam ke sejam ada keluar merah2/x..klu x de maknanya ok......if pernah sapu steroid masa tukar sapu moogoo akan alami healing proses/topical steroid withdrawal...selamat mencuba yer...

      Delete
    2. Mogoo ada jual kat farmasi vitacare, caring, watson pun dah ada...farmasi welmed & farmasi eden pun ada.. mcm yg sy tulis kene buat patch test dulu ye coz moogoo produk 100% natural..tiada bahan kimia maupun sebarang pewangi...test kat kulit/pelipat/mana2 kulit yg x pernah sapu steroid..tgk dalam setengah jam ke sejam ada keluar merah2/x..klu x de maknanya ok......if pernah sapu steroid masa tukar sapu moogoo akan alami healing proses/topical steroid withdrawal...selamat mencuba yer...

      Delete
  3. salam saya ni ibu yg ada anak sakit ezcema berusia 4 bln stgh,dia jd start umur 2 bln dh dkt 2 bln lbh pkai krim yg da steriod,saya nk tanya utk habis tsw brpa lama,boleh share tak cara penjagaan dan pemakaian produk MooGoo secara harian anak puan sebab ari ini saya nk pergi membeli produk MooGoo utk anak saya moga puan dpt membantu baby saya utk sembuh dari ezcema terima kasih puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Salam....sebenarnya, ekzima x mungkin sembuh. Ianya hanya boleh dikawal.Kene tahu apa alahan pada baby. Jika baby full breastfeeding, maka amat penting utk ibu melihat sebab apa anak jadi gatal2/alahan. Cth, katakan ibu makan seafood,cuba tgk 2 ke 3 hari,ada x ekzima anak naik?? kalau ada,maka ibu kene pantang dari apa2 sahaja makanan/minuman yg boleh menyebabkan baby naik ekzima.Itu salah satu cth. Tgk balik persekitaran. Adakah baby alah pada hama?kalau yer,kene buat langkah2 seperti entry saya di atas.Ini penting utk Puan tau apa trigger factor baby naik ekzima. Bila dah berjaya mengawal punca serta faktor penyebab alahan anak naik,maka dengan menyapu krim spt moo goo,InsyaAllah ekzima si anak akan cepat baik serta terkawal.Bukan apa,kalau Puan sapu krim apa2 pun tapi trigger factor x dielakkan,mmg susah nak kawal ekzima anak nanti. Perlu diingatkan, Jgn sesekali sapu krim yg ada unsur steroid. Begitu juga Aqouas Cream.Even x de steroid,tp ianya mengandungi SLS yg bertindak spt detergen. Penggunaan yg lama akan menghakis kulit baby. Sy bercakap atas dasar pengalaman sebb semua sy dah guna dari anak ke 2 umur 1y++ sehingga umur 6y++. Ekzima yg mild akan menjadi sgt teruk bukan lagi disebbkan trigger factor tapi ketagihan steroid!!

      Selepas itu baru saya mula merawat dgn kaedah natural tanpa ada steroid pun. Alhamdulillah sy berjaya mengawal ekzima anak sy. Oleh kerana Puan dah sapu baby krim steroid,utk beralih ke produk natural,saya harap sgt Puan bykkan sabar utk menghadapi proses healing/Topical Steroid Withdrawal. Utk memujuk hati Puan semasa tempoh healing si anak,Puan boleh merujuk entry saya ini. Mengenai cara pemakaian produk Moo goo, Puan boleh rujuk di entry saya yg lepas iaitu : http://honeykiut.blogspot.com/2012/09/ekzima-rawatan-tanpa-steroid.html
      Utk permulaan, sy cadangkan Puan beli set utk Ekzima. Starter Packnya berharga kalau x silap saya RM199.Ada milkwash utk mandian, Udder Cream utk pelembap, ISB untuk gatal dan MSM utk kulit yg dah jadi merah / radang.
      Saya cuma boleh agak proses TSW yg anak Puan hadapi mungkin dalam 3 bulan kot.Saya agak je yer..ini berdasarkan pengalaman ibu-ibu di group NAAE.
      Akhir kata, semoga ekzima anak Puan terkawal saya doakan. Serta banyakkan bersabar dan tabah menghadapinya. :)

      Delete
  4. Mohon share your link ya. Moga jadi inspirasi buat yg lain.

    ReplyDelete
  5. nak tanya, buat rast test tu kena bayar berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...maaf lewat membalas coz agak bz lately ni, saya buat di :

      Consultant: Dr Yadav

      Global Doctors Specialist Centre

      No 18, Kiara Designer Suite,

      Global Doctors Malaysia Hospital,

      50480 Mont Kiara,

      Emel: rahman_hamid@globaldoctors.asia

      hp: 0122814110

      Harga kalau x silap saya RM300++ ...x berapa ingat, tapi lebih kurang tulah...

      Delete
  6. as salam ros.

    nak tanya produk moogoo tu leh sapu kat muka ke. anak sy umur 10 bulan. sy baru nak try produk ni kat dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lewat balas sbb lama x bukak blog..terlampau bz n ada masalah peribadi huhuhu... produk moogoo leh sapu kat muka, kalau termakan pun x pe sbb ianya krim natural tanpa bahan kimia...anak puan pun dah 2thn...maaf ye lewar reply

      Delete
  7. salam puan, bayi saya berumur 3 bulan dan sedang menggunakan moogoo hampir 2 minggu. Persoalan saya ,anak saya tidak sempat menggunakan krim steroid tetapi pengguna setia produk baby johnson yang mengandungi bahan kimia cth paraben. adakah proses healing sama seperti TSW atau lebih cepat dari tempoh biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy x sure..tapi still ada bahan kimia dlm baby johnson, kalau ada maybe x seteruk TSW...maaf puan lewat balas..baru bukak blog setelah setahun

      Delete
  8. akk apa symptom tsw.bolh explain x?aquaos creame yg ada tsl tu krim pelembap ke?pastu .tolong explain ya ak.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut tsw mcm anak akk...tindak balas gatal lebih teruk dan akan keluar air bisa..maaf sekali lagi lewat membalas..

      Delete
  9. ape pendapat pn tentang barangan baby buds? elok tak digunakan sebagai alternatif selain moogoo.. moogoo agak mahal pd sy hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf puan sebab baru buka blog, buds pun bagus sebab natural tanpa bahan kimia...puan boleh guna buds jika moogoo agak mahal hehehe...sebab buds pun bebas steroid n bahan kimia mmg zero..hanya natural sahaja....

      Delete
  10. Moogoo nie boleh pulihkan kulit pipi yg nipis akibat ubat dr yg ada steroid x?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah pernah pakai steroid, nanti lepas pakai moogoo akan melalui tempoh TSW (topical steroid withdrawal)..mcm anak sy guna steroid since umur setahun sampai umur 6thn..lepas tu join fb NAAE (natural healing for athma, allergies & eczema) sejak gali ilmu di group NAAE..Sy nekad stop semua krim yg ada steroid serta bahan2 kimia..dan start guna MooGoo..dekat setahun baru pulih dari kesan ketagihan steroid..Pn Rasidah boleh baca kisah sy bermula dengan MooGoo... inshaAllah kulit pipi anak Pn boleh kembali elok tetapi akan melalui prosea TSW dan yg paling penting Pn kene elakkan faktor penyebab eczema anak Pn..inshaAllah eczema anak Pn boleh dikawal.... :)

      Delete
  11. Puan, anak sy mengalami eczema. ada tips atau cara nk hilangkan / kurangkan kegatalan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan boleh baca di entry saya : http://honeykiut.blogspot.com/2012/09/ekzima-rawatan-tanpa-steroid.html ----sy ada share di situ. :)

      Delete
  12. Salam puan, anak saya juga mengalami masalah eksema yang agak teruk. Sehingga sekarang saya masih menggunakan sapuan steroid di seluruh badannya yang diperolehi dari hospital kerajaan.Saya ingin bertanya semasa proses tsw dan proses ketagihan steroid pada kulit anak puan, apa yang puan lakukan. Saya pasti semasa poses tsw tuh semestinya dia akan menggaru.Adakah ketika itu eksema dia semakin menjadi-jadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. ye semasa tempoh TSW, ekzema akan kembali teruk utk beberapa waktu, sy ada ceritakan di atas... cuma kita kena kuatkan semangat,kenalpasti apa punca anak ekzema dan cuba jauhkan sedaya upaya trigger factor tersebut, ttg product yg sy gunakan pula ada sy terangkan di http://honeykiut.blogspot.com/2012/09/ekzima-rawatan-tanpa-steroid.html
      MooGoo adalah product natural, Puan kene uji dulu di pelipat anak samada selepas sapu ada x timbul merah2. Kalau ada maknanya MooGoo x sesuai ngan kulit anak, mungkin boleh guna product Natural yg lain spt Buds. Lg satu sy kerap bawa anak mandi laut semasa proses TSW supaya luka cepat kering...cuma agak menyakitkan tapi ianya bersifat sementara InshaAllah. Sy sarankan Puan join group FB ni : fb NAAE (natural healing for athma, allergies & eczema) . Byk ilmu dan perkongsiaan dari group tersebut Puan.

      Delete
  13. Slm puan .. Sy bru strt pkai moogoo untuk bayi sya bru 3 hari sya nmpk makin byk bintik2 timbul dan muka nya agak merah ..sblom ni sy prnh pkai herbal blend cream Adakah cream yg sy pkai sblom nimengandungi steriod.. Dan adakah kondisi skrg ni di katakan steriod withdrawal ..tq

    ReplyDelete
  14. Perkongsian yang menarik dari penulis dan info yang bermanfaat bagi orang ramai di luar sana. Terima kasih diucapkan kerana berkongsi.

    Anda ingin SIHAT? Bagus! Saya percaya Anda ingin Sihat. Kini ianya sangat MUDAH, SENANG & TANPA makan ubat-ubatan Anda boleh SIHAT! PENEMUAN oleh para doktor dimana mereka juga adalah PENGGUNA produk ini!!. Kenapa ENERTRI? Enertri merupakan produk kesihatan 100% semulajadi yang mampu mengatasi masalah:

    1. DIABETES
    2. PENYAKIT JANTUNG
    3. TEKANAN DARAH TINGGI/ RENDAH
    4. PENYAKIT ARTERI KORONORI
    5. KOLESTEROL/LDL TINGGI
    6. GANGRENE
    7. TIROID
    8. STROK
    9. DAN BANYAK LAGI...

    CEPAT!!! Ketahui mengenai produk-produk kami dengan layari:

    1. https://www.facebook.com/EnertriEnerFiberOnlineStore#
    2. http://fadz5765daverdum.wix.com/enertrienerfiber

    ReplyDelete
  15. Salam...akak..bby sy strt hari ke 23 dia lahir dia dah ade eczema...skrg da 8bln...sy jgak pakai aquos dr hsptl krjaan..erm..sy ksihan tgok anak mngaru...sjrg ni..nk mnta tlg akk bri pncerahan...klau pakai mogoo tu kalau naik merah2 balik...mknye x sesuai ke cmne kak?? Sbb bby sy mmg pki hsptl pnye mmg ad stroid hyrocode tu yg bby sy pakai...klo akk x keberatan...boleh x emailkn kat sy bielafisyah@yahoo.com atau whtsapp 0173401696

    ReplyDelete
  16. salam kak...sy tertarik dgn blog akak yg membincagkan psl ekzema,sy skng pon mengalami ekzema (bhgian muka,kliling bibir sy) sblm ni ada pkai cream yg klinik bg(mgkin mengandungi steroid),tp xde nmpak perubhan,lpatu sy cba pkai produk shaklee herbal blend dlm tempoh 3 mnggu tp xnmpk jgk perubahan..so skng sy tgh cuba pkai moo goo yg starter pack...skng pkai hmpir smnggu,kulit sy masih lg merah2,kering,dan mengelupas..dr segi pemakanan sy pntag..sy kerap sapu isb moo goo jika kulit terasa gatal2 n kering...skng ni moo goo ni kemana saja sy bwk,blh ke sy pkai dgn kerap2...mksudnye sapu cream moo goo 2 3 jam skali...pastu nk tnye adakah keadaan mengelupas,merah2 dan gatak2 ni tindakbalas TSW ?terima kasih ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pakai moogoo dgn kerap sebab ianya adalah nautaral cream.. berkenaan kulit mengelupas,merah2 Dan gatal tu maybe tindakbalas TSW sebab puan pernah guna krim steroid..
      tentang herbal blend shaklee sy x de pengetahuan ttg itu.

      boleh join group natural healing for asthma n eczema kat fb.. di situ banyak ilmu boleh didapati inshaAllah..

      Delete
  17. Assalamualaikum...setelah tak tahan asyik sapu steroid cream,baik lepas tu tak lama lepas tu anak saya eczema teruk semula...sy google jumpa blog akak...baru seminggu guna moogoo..sedang mengalami TSW...sama kulitnya mcm anak akak...tindak bAlas di kaki,tangan,leher...berdarah2 garu...sakit pedih ktanya bila sapu cream...bertahanlah wahai anak..semoga 3 bln akan dAtang sembuh...sejak umur 2 tahun sampai 4 thn sekarang menderita eczema...terima kasih ye kak...

    ReplyDelete
  18. salam...anak sy 6 bulan dan ade ekzema....ekzema dia x teruk sgt tp sedih jugak tgok dia asyik mengaru jea...suami sy ade nak mandi kan anak dgn air laut...tak pe ke yea??? sebab anak kecik lg kan, risau pulak...terima kasih

    ReplyDelete