Friday 21 September 2012

Raya serta akibat makan tak beringat ...

Bulan Syawal telah pun berakhir. Sepanjang bulan raya tu, aktiviti hujung minggu sangatlah padat. Dengan jemputan open house, kenduri kahwinlah, kenduri aqiqah dan sangatlah bz kerana adik hband kawin time bulan syawal sebelah pengantin perempuan manakala ahad ni 23hb 9 2012 sebelah pengantin lelaki. Byk gak umah sedara mara yg x dapat nak g raya thn ni coz jadual yg sgt2 padat.
Jalan-jalan open house...Eh ada buaian lak. Anak-anak happylah dapat naik buaian ni. Berebut nak naik sampai tersepit Raihana.

Kakak Mija yg baik hati menyuap si adik makan. Open house sekali ngan kenduri Aqiqah di Taska Nurul Jannah. Kami gunakan khidmat penghantaran ke sekolah agama, so Tuan Taska x lupa menjemput Kami. :) Apa pun makanan kat Taska ni sangat-sangat sedap. Apa x nya, katering dari jauh nun di Batu Pahat, Johor. Memang sedaplah semua makanannya.

Nama pun Taska so sure ada segala permainan ni. Anak-anak bukan nak makan sangat tapi nak main. X pe mainlah, ibu pun x kisah coz ada lagi 5 open house nak kene pergi. Mana nak letak perut ni hmmmm :) ishh mengeluh pulak, x baik...Rezeki dari Allah.
 

Singgah rumah mak di Shah Alam coz dpt jemputan kenduri kahwin dari jiran mak. Khemah agak panjang. Sekali tgk dah mcm kenduri kahwin kat umh mak...hihihihi

Pengantin perempuan yg sgt berseri. Lama x tengok pengantin pakai songket zaman skg ni. Serius nampak cantik sekali.

Raya umah adik beradik hband. Macam biasa anak-anak hanya tahu main je. Hani siap pakai spek mata hitam lagi. Hmmmm dah mcm taska diaorg sepahkan mainan.

Kat kenduri rumah mak sedara hband, aku x beringat makan tapai ubi. Lupa yg Raihana full breastfeeding. Byk pulak tapai yg aku dah mkn sbb sedaplah pulak tapainya. Mesti sipembuat tapai tu tgh happy dan membuat tapai dengan seikhlas hati. Bak kata Chef Jo masak dari hati..hehehe..

Akibatnya mlm tu Raihana meragam. Memang x tido malam kami dibuatnya. Sok pagi tgk habis naik ruam kat kaki ngan badan. Sepanjang baby Raihana menyusu ni aku mmg x pernah makan tapai. Nak kata alahan pada makanan-makanan yg diambil,x mungkin coz sebelum ni aku makan Raihana ok je. Tapi sejak makan tapai Raihana jadi mcm ni so kompomlah tapai penyebabnya. Lepas ni nak kene beringat-ingat.
Bukan tu je penangan terlalu banyak makan di open house jugaklah, hbandku pulak kene food poisoning. Hmmmm kesian. MC sehari. Itupun esoknya keje still x sihat gak tapi pergilah jugak lagipun byk kerja nak kene buat.
Kaki tembam Raihana sudah naik ruam





Banyak naik ruam alahan kat kaki dia. Apalagi, sapu Scalp Cream macam biasa diikuti ngan ISB. Dekat 5 hari kulit dah ok. Pasni tobat nak kene hati-hati makan. Bukan ibunya yg kene tapi anak yg akan terkena impaknya. Nanti aku story skit pasal kenduri kawin adik ipar. Lagipun sok dah nak balik umah mertua menolong apa yg patut.




No comments:

Post a Comment