Friday 13 July 2012

Dugaan melahirkan anak yang ke 4

Salam semua, bertemu kita kembali. Now kita sambung semula entry yg lepas
Setibanya di Hospital Sungai Buloh, terus aku report ke kaunter bahagian bersalin. Setelah diperiksa, sahlah dah bukak 2cm. Doc suh tukar baju dan berehat dahulu. Selepas tidur sebentar, dalam jam 6pg aku jalan2 dahulu bertujuan supaya bukaan menjadi cepat. Masa tu mmg sakit semakin kerap. Nurse memanggil namaku dan mengarahkan aku utk mengambil sedikit sarapan di bilik yg disediakan. Makan pun x berapa lalu coz sakit semakin kerap. Tp aku mkn gak ler supaya ada tenaga nanti. Lepas makan je, Nurse periksa lagi, dah bukak 4cm, makanya aku kene dok kat labour room. Berdebar2 rasa hati. Sebelum tu aku jumpa hband jap utk memohon ampun dan maaf. Bergenang air mata. Tetiba je rasa takut nak hadapi sakit bersalin. Jam 8.30pg, Doc memecahkan air ketubanku. Sebaik sahaja air ketuban pecah, terdengar yg Doc serta Nurse mengatakan baby dalam perut dah berak coz air ketuban ku sudah bercampur dengan najis baby ku sikit. Apalagi kecoh gak ler. Ramai pulak Doc datang termasuk Doc pakar. Doc2 yg lain semua cam hormat ngan Doc yg sorang ni. Aku agak ni mesti Doc pakar. Setelah discuss punya discuss, Doc pakar suh masukkan ubat (induce) supaya cepat bersalin. Memula Doc nak letak 1 dos, tp Doc pakar suh letak 2 dos. Katanya, kalau jam 12tgh x bersalin, diaorg decide ceaser. Hmmmmm.......nak nangis pun ada. Masa tu jam 9.30pg. Sakit bersalin payah nak cerita. Memang sakit x terhingga. Dalam hati sangat2 risau bila Doc kata diaorg terpaksa ceaser jika masih x bersalin utk mengelakkan baby termakan najis. Jika termakan, risikonya amatlah tinggi.

Mulut tidak berhenti berzikir.....Aku berdoa sepenuh hati masa tu, agar dapat aku bersalin jam 10pg. Sakit semakin lama semakin tidak tertahan. Bila Doc check je bukaan, dah jadi 8cm. Doc suh teran. Dia kata x pe. Jam 10.30pg maka lahirlah baby girl ku yg ke 4. Memang baby tu dah berak. Ada melekat najis kat bontotnya. Nasib baby ok. Alhamdulillah syukur sgt. Terima Kasih Ya Allah kau makbulkan doaku itu. Kalau lambat gak keluar alamatnya  kene ceaser lah aku. Baby kalini Alhamdulillah sihat. X de masalah. X de kene kuning macam Hani dulu. Masa kat Labour Room lagi aku terus susukan Baby ngan susuku sendiri. 

Sempat bergambar dalam Labour Room.. Baby kalini kulit merah sgt.
Dok wad x lama. Soknya dah leh balik. Genap 7 hari terus cukurkan rambut baby.
Ikut sunnah Nabi Sallallahua'laihiwassalam.

Lihat rambut ku..dah botakkan?? Runcing x dagu saya?? x yah cucuk botox hahahahahah
Kami namakan dia Raihana. Berat 3.3kg je. X overweight. Alhamdulillah. Kulit anak aku kalini putih skit dari yg lain. Ramai gak tanya. X sure sebab minum susu banyak atau ambil Sarang Burung. Maybe gak ikut nenek suami aku yg sememangnya orang Cina. Apapun sudah kehendak Allah yang Maha Pencipta. Sehingga kini Raihana masih Fully Breastfeeding. Umur skg dah pun setahun.

Posing baju baru jap. Saya dah setahun, yey yey saya dah boleh jalan.
Pergi mana-mana je mesti org bertanya bila lagi nak dapat anak lelaki??? Hmmmm kalaulah aku boleh pilih-pilih kan best...Persoalannya, depa ni x paham kot. Bukan ke semuanya kehendak Allah. Ada tu siap cakap kesian kat aku semua anak perempuan. Ada gak pandai-pandai teka yg aku ni jeles kot x dapat lg anak lelaki. Pleaseeeee ye..I'm not like that. Saya dan suami orgnya sgt memahami kehendak dan takdir yg Allah beri. Pada kami, hanya Allah sahaja yg tahu apa yg terbaik buat kami. Mungkin belum masanya lagi utk kami mempunyai anak lelaki. Kami sangat bahagia dgn kurniaan ini. X de maknanya aku nak jeles. Untuk apa?? Ianya spt mempertikaikan hadiah yg Allah beri. Rata-rata yg aku jumpa adalah bangsa ku sendiri yg berkata demikian. So sad.... :( Berbeza dgn org cina. Setiap kali jumpa mesti mereka kata " x apa, boleh cuba lagi. Nanti senang...Anak-anak perempuan boleh tolong ibu maaaa....." sorry teremosi lak aku kalini. Hmmmmmmm..................

No comments:

Post a Comment