Monday 16 July 2012

Raihana 1st time naik buaian...

Hujung minggu kami byk menghabiskan masa mengemas rumah. Hband membersihkan segala kipas yg ada dan mengelap almari juga perabot yg byk habuk. Aku x leh buat coz alah ngan habuk dan dustmite. Kalau aku buat gak alamatnya semput menyerang. Pastu x leh buat apa2 dah. Nak tunggu pulih ambik masa dua tiga hari gak. Silap2 makan seminggu. Lepas tu hband aku dok menebas lalang yg semakin panjang di belakang rumah. Sungguh rajin hband aku yg sememangnya rajin...hehehehe (puji laki sendiri x salah kan?? :)  Petang tu adik aku dan kawan baiknya Diela dtg ke rumah. Diaorg ni mmg rajin dtg ke rumah aku. Pastu main ngan Raihana. Sekejap je depa dtg. Diela rindu kat Raihana. X sempat nak buat air. Hanya sempat bagi diaorg makan Planet Pop Corn je....hehehehehe.... Lepas je diaorg balik, kami sekeluarga pun g beriadah kat taman berhampiran rumah. Lama betul x g taman. Padahal dekat sgt ngan rumah. Dulu-dulu sebelum pindah setiap minggu je rajin ke taman tu. Tapi, bila dah dok dekat dah x berapa nak g ke taman tu. Hmmmm begitulah adat manusia ye.... :) Anak-anak exited nak berbasikal. Sampai je kat taman, anak-anak semua g main slide yg tersedia. Aku ngan hband melayan si Raihana yg baru pertama kali naik buaian kat taman ni. Seronok betul si Raihana. Pegang buaian pun dah tau baru first time mencuba naik buaian.

 
Sila abaikan suara memanggil 'Nama' di hujung video :)

Lepas anak-anak penat bermain, kami pun layan makan aiskrim sambil berjalan mengelilingi taman dan terus balik ke rumah. Ok gak aktiviti beriadah ni. Berpeluh gak lah. Dapat membakar kalori walaupun hanya berjalan kaki. Jauh gak dok pusing2 satu Taman Rekreasi Setia Alam. Balik je dapat call dari mak. Mak aku nak datang malamnya. Apalagi terus siap2 g pasar malam yg terpanjang di Malaysia tu. Mana lagi kalau x di Setia Alam. Byk gak kami membeli makanan utk dihidangkan pd mak ayah aku nanti. Itulah cerita weekend kami yg x seberapa ni :)

Hani, Nina, Raihana, Mija (4 Bunga K.A.M.I )

2 comments:

  1. Nantini...ank jiran blakang umh le kot..hahaha

    ReplyDelete
  2. Setiap kali kitaorg tgk video tu, kompom gelak besar coz tetiba je kan part yg akhir tu, hahahahaha :)

    ReplyDelete