Tuesday 17 July 2012

Hani akhirnya free diapers sebelum 3 Tahun

Hari ni dah 17 hari Hani x pakai diapers waktu siang mahupun malam ketika tidur. Syukur akhirnya aku berjaya train hani free diapers sebelum umurnya 3 tahun. Sepatutnya dari awal lagi aku train dia coz dia dah petah bercakap since umurnya 1tahun 3bulan. Mak aku selalu gak bising bilalah aku nak ajar dia x pakai diapers coz mak aku kata kitaorg kecik2 dulu umur setahun dah x pakai napkin (masa tu x de diapers ye). Almaklumlah kemalasan sedikit coz aku ibu yang terlalu bz. Nak jaga Raihana yg sdg aktif, Hani lagi, kakak-kakaknya balik sekolah nak makan pulak, kerja-kerja rumah seperti menyapu, mengemop, memasak, membasuh, menyidai kain dan mcm2 lagi lah. Belum lagi dicampur kerja-kerja design kalau ada. Kalau x de pun belum tentu dapat rehat. Hband aku kata mmg leh jadi SuperMak. Kami plan nak hantar dia g kindergarten next year. Ikut umur belumlah lagi 4thn. Baru 3thn 3 bln. Tapi ikut tahun depan kira dah 4thn. Jadi aku cuma ada masa 5 bln dari skg. Ikut pengalaman kakak2nya, memang mencabar gak ler. Kenalah aku bersiap siaga dari segi mental dan fizikal. Alhamdulillah berjaya coz nak train Hani sgt mudah x spt kakak2nya. Minggu pertama memang mencabar sedikit. Hari pertama ada gak 3 kali dia terbabas. Masuk hari kedua dia dah pandai bgtau if dia nak poo poo atau pee. Masuk hari ketiga lak aku memberanikan diri x pakaikan dia diapers time kami ke Tesco. Masa nak membayar tu dia mention nak pee, terus aku bawa dia ke toilet berdekatan. Hari ke 4 lak waktu malam, hband aku kata x yah pakaikan dia diapers waktu tido. Kul 3 pagi je aku bawa dia ke toilet utk pee. Sebelum nak tido mlm tu aku dah siap-siap suh dia pee dulu. Pastu time subuh dalam kul 6 tu aku kejut dia sekali lg utk ke toilet. Dalam seminggu gak aku buat cam ni. Masuk minggu berikutnya aku dah x kejut dia kul 3 pagi lagi coz dia dah pandai merengek bagitau kami yg dia nak pee. Kadang kul 2.30pg / kul 4.00pg / 5.30pg waktu2 yg pasti dia akan kejut kami. Lepas pada waktu2 berliku ni Alhamdulillah berjaya. Jimat duit gak beli diapers. Lagi satu, x lah berat handbag aku nanti utk letak byk khazanah baby...hahahahaha...

Hani yg sedang lena tido tanpa memakai diapers
Tips-tips utk melatih anak anda bebas dari memakai diapers :
  1. Bersedia dari segi mental dan fizikal.
  2. Masa permulaan tu, setiap 2 jam sekali bawa anak ke toilet utk membuang air kecil / besar. Kalau lupa maybe akan terbabas gak.
  3. Jangan ada langsung diapers kat rumah. Ini penting yer supaya anda x ler tetiba dah rasa malas atau giveup terus separuh jalan coz diapers masih lagi ada di rumah. Kalau ada lagi tu cubalah sorok dari pandangan mata.. 
  4. Sebelum anak anda tido, pastikan dia sudah pee terlebih dahulu.
  5. Untuk permulaan, set time utk kejutkan dia ke toilet. Waktu terpulang pada anda. Ikut anggaran time dia pee.
  6. Kalau risau dia terbabas,beli tikar evamatic. Tikar ni menghalang sejuk dari mozek / lantai terus ke badan kita. Kalau anak terpee ke, sgt mudah nak lap dan keringkan. Apa yg aku buat, kalau waktu siang, memang Hani tido atas tikar evamatic ni. Kalau malam pulak, tikar ni aku alas kat atas tilam dia. Pastu baru aku letak cadar atas tikar evamatic ni. Kalau dia terbabas, hanya cadar je dan tikar je yg basah. Tilam x kan basah. So x ler kita penat sgt.
  7. Jgn lupa berdoa pada Allah yang Maha Memakbulkan agar usaha kita dipermudahkan. AMIN...
Tikar Evamatic untuk Hani tidur sebentar di Waktu siang hari
Tikar Evamatic atas tilam dan lapik cadar di atas tikar tu. Ini utk Hani tidur malam
Lepas ni, target nak train Raihana pulak lebih awal. Aku beli tikar ni kat Pasar Pagi Stadium Shah Alam. Masa tu ada jualan murah. Rm35 utk satu tikar. Oklah kan?? Berbaloi-baloi :) .....Ok, lepas anda ikut tips di atas, InsyaAllah anak anda dengan sendirinya akn beritahu bila dia nak buang hajat. Anda pasti tersenyum kepuasan selepas itu kerana usaha anda akhirnya berjaya.

No comments:

Post a Comment