Wednesday 11 July 2012

Baby ke 3 Shoulder Dystocia

Besar x saya???
Debaran menunggu babyku di Labour Room. Hopefully selamat hendaknya. Alhamdulillah baby selamat. Agak terkejut melihat baby ku kalini agak tembam dari yg sebelum2 ini. Mana x nya, berat baby 3.89kg!!. Fuhhh mcm x caya je. Patutlah amat payah baby nak kuar. Doc dan nurse tinggalkan aku,baby ngan hband dlm Labour Room. Bahu kanannya agak lebam sikit. Apa yg aku perasan dia x mo angkat langsung tgn kanannya. Doc kata maybe mcm terseliuh sikit. Tgk sok mcm mana kata Doc. Pastu aku di transfer ke wad. Masa tu dah kul 3-4pg kot. Sok pg tiada perubahan pada tgn kanan anak aku. Dia nangis bila cuba angkat tgn kanan. Doc decide letak kat NICU.

Kalau diperhatikan dlm video di atas, tgn kanannya dia x mo gerakkan apatah lg nak angkat. Time ni baby kat NICU. Kat wad pulak, org lain bz ngan baby, aku bantai tido je. Penat x hilang lg. Meneran baby yg besar dari sebelum2 ni memerlukan tenaga yg byk sgt. Setiap kali time melawat jenuh gak citer yg baby aku kat NICU. 4 hari gak ler dok kat wad. Masa Doc dtg periksa, aku ada tanya mcm mana ngan tgn baby. Doc kata dia x pasti. Kalau patah still boleh pulih cuma yg bimbangnya kalau urat kat situ putus maknanya tgn dia sampai besar x leh berfungsi. Sungguh sedih masa tu. Terus aku call hband suh cpt dtg. Pakar fisio dtg memeriksa babyku. Dia guna ais letak kat bahu baby. Baby memberi respon menggerakkan tgn. Maknanya tgn dia cuma terseliuh dan aku perlu meneruskan terapi ais di rumah sekali sekala agar tgn kanannya aktif serta sembuh. Hari ke 4 tu dptlah balik rumah. Alhamdulillah setelah kerap terapi tgn anakku di rumah, akhirnya tgn kanan dia kembali pulih. Sedara mara yg dtg semua terperanjat melihat babyku yg tembam mcm dah lepas hari. Lepas ni kalau mengandung lagi kenelah jg pemakanan agar berat baby akn dtg terkawal. Sebab Doc kata kalau baby akn dtg lebih berat dari baby skg, alamatnya ceaser lah. Hmmmmm..
Ni masa baby dah sihat sepenuhnya... Masa ni dlm 3-4bulan kot.



Baby ke 3 kami namakannya Hani Sofea. Kalini aku nekad utk menyusukan baby dgn susuku sendiri tanpa campur susu formula. Masa pragnent aku dah khatam ttg cara mengepam susu utk stok bekerja. Tapi x dapat sampai 2 thn coz masa umur Hani setahun je aku pragnent semula secara x ku jangka. Terperanjat aku ngan hband.
Hani skg..Dah besar pun 2thn ++



Bersambung.............. :)

9 comments:

  1. ape la yg tengah loading!!! tu kakak... >_<

    ReplyDelete
  2. biasalah budak2 ni suka download game...hahahahaha :)

    ReplyDelete
  3. Salam, saya haida. Baby saya yg ketiga lahir 2.3.13 yg lalu dan baby pun shoulder dystocia. Nk tanya, rawatan ape ye yg puan buat selain terapi ais? Sekarang ni saya buat fisioterapi kt tgn kanan baby dn so far belum ada perubahan lg. Doc beritahu saraf tangan baby lemah. Sedih tgk baby tak gerak tgn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...maaf kerana saya lewat reply msg awak sbb dah lama x bukak blog sendiri disebbkan bz sgt2...
      Sy hanya buat terapi ais sahaja..yg lain sy belum cuba lg. Kalau x silap saya leh bawak g urut kot pada yg pandai betulkan semula urat tu...saya cuba tanya adik saya kalau2 dia tau sbb dulu dia pernah suh sy bawa anak sy yg ni g berurut di Meru kat satu pakcik yg pandai betulkan balik urat...nanti sy bgtau yer..

      Delete
    2. Salam Haida? Apa Khabar Baby?hopefully semakin sihat.. Sy dah dapat no tel org urut tu..tapi silap,bukan Meru..rupanya di Shah Alam.. Makcik Imah namanya, dia ada sijil mengurut...InshaaAllah kita try usaha dgn cara urut..ni No telnya :0129197674... harap dapat membantu...dia pakar urut bersalin, tgn terseliuh, salah urat...Harap ianya Membantu...

      Delete
  4. Salam, saya nita, bersalin 18.2.13 baby saya pn shoulder dystosia sebelah kiri. Berat masa lahir 3.8kg. Skrg bb dh nk msk 4 bln. Saya ada bwk berurut gk alhamdulillah dh blh angkat skit tpi kira angkat jatuh smula ke dada dia. Dr bgtau klu 6 bln msih x ok kena refer pkar saraf kt usm kelantan. Saya ada tnya dr psl terapi ais tpi x dpt penerangan lengkap, mgkin diluar bidang dia. Klau tak keberatan blh puan bgtau mdmana terapi ais tu.
    Puan haida baby skrg dah ada perkembangan tak? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nita,

      Mengenai terapi ais tu, pakar fisioterapi di Hospital Sg Buloh yg ajar saya utk buat di rumah. Caranya, ambil seketul kiub ais, pastu sapu sikit2 kat bahu kiri yg terlibat..bila kita sapu, biasanya tangan tu akan otomatik bergerak coz tindak balas rasa sejuk dari ais tadi...Buat lagi dan lagi tapi jgn berterusan dalam tempoh lama..kang sejuk sgt tgn baby...hehehehe... rest dulu, pastu 4 jam kemudian ke try buat lagi..buat hari2 sampai tgn tu dah mmg aktif sgt bergerak..then x yah teruskan terapi tu..Kalau masih x berjaya, memang kene refer pakar saraf kalau x salah saya. Saya doakan tangan anak Nita akan sihat sepenuhnya. Amin...

      Delete
  5. Terima kasih ya..saya try buat. Lps raya ni kalau tiada perubahan gak, kes baby saya akan direfer ke usm kelantan. Jauhnya dari jhr nk kesana. Mudah mudahan atas usaha ni tgn ank saya akan sembuh. Terima kasih sekali lgi :)

    ReplyDelete