Saturday 21 July 2012

Ekzima : Anak kedua kami Ekzima

Hampir 6 tahun lebih, anak aku yg ke 2, Mija hanya bergantung pd krim steroid dlm merawat Ekzimanya. Satu tempoh yg cukup lama sehingga aku terperasan yg kulit anak aku semakin gelap dan kulitnya juga x cantik kerana kering. Sedangkan Mija lahir kulitnya cerah. Aku jadi risau, sedih dan sebagainya tambahan pula anak aku tu girl. Mcm2 jenis krim steroid dah aku guna utknya. Tapi bila dah sapu, memanglah esoknya gatal2, kulit kering dan merah terus hilang. Then lagi seminggu / 2 minggu pasti ekzimanya berulang. Mcm tu lah seterusnya sehinggakan aku rasa seolah2 terpaksa bergantung ngan steroid seumur hidup. Ianya menakutkan aku tambahan pulak, setiap kali Doc bg krim tu, sure ada tulis RACUN kat krim serta arahan supaya krim disapu bila perlu je serta sapu nipis2. Ianya membuatkan aku mencari info ttg apakah itu steroid.

Kulit Mija semakin gelap akibat penggunaan krim Steroid dalam tempoh yg lama :(
Seiring dgn kemajuan teknologi maklumat skg, sgtlah mudah utk mencari info ttg steroid. Lalu sejak aku ketahui bahaya steroid ni, aku berusaha utk mencari rawatan tanpa steroid. Byk info dan ilmu ttg steroid yg aku perolehi dari Kak Farah Rahim yg aku kenal di fb yg merupakan admin kepada Group Natural Healing for Asthma, Allergies & Eczima. Boleh klik sini ttg penerangan krim steroid dan klik bagaimana krim steroid bekerja sehingga menindas sistem imun kita.
Setelah memahami apa itu krim steroid, di sini aku terangkan serba sedikit apa itu Atopik Ekzima.

Ekzima ialah keadaan di mana mereka mestilah mengalami :
  • keadaan kegatalan kulit yang melampau
  • An itchy skin condition
Ditambah tiga atau lebih daripada yang berikut :
  • melibatkan pelipat kulit seperti pelipat siku, bahagian pelipat belakang lutut, pergelangan kaki atau di pipi bg bayi
  • sejarah peribadi mengidap lelah (asma) atau resdung atau sejarah penyakit atopik terutama pada keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik)
  • Sejarah mengalami kulit kering pada tahun yang sebelumnya
  • ekzema flexural or ekzema yang kelihatan di pipi dan dahi serta anggota badan luar bagi kanak2 dibawah 4 tahun
  • Permulaan pada 2 tahun pertama anak.
Lebih kurang setengah daripada kanak-kanak yang mendapat ekzema juga suatu hari nanti akan mengalami demam alergi atau lelah dengan sendiri. Alahan merupakan pencetus kpd ekzema. Beberapa faktor persekitaran (seperti haba yang berlebihan atau tekanan emosi) juga boleh mencetuskan keadaan.
Perkataan "atopik" menerangkan keadaan yang berlaku apabila seseorang itu terlalu sensitif terhadap alergen dalam persekitaran mereka seperti debunga, kulat, habuk, bulu haiwan, dan makanan tertentu. "Dermatitis" bermakna kulit meradang, atau merah dan sakit. Kira-kira 1 daripada setiap 10 kanak-kanak adalah pengidap ekzima. Biasanya, gejala muncul dalam tempoh beberapa bulan tahun pertama bayi dan selalunya sebelum kanak-kanak berumur 5 tahun.  
Berbalik kpd penggunaan krim steroid tadi, apabila Mija terlalu lama bergantung kepada steroid, oleh itu ekzima yg Mija hadapi bukan lagi disebabkan oleh faktor alahan sahaja tetapi ekzima Mija menjadi lebih parah adalah disebabkan faktor ketagihan steroid sapuan.

Mengapa dikatakan ketagihan steroid sapuan?
Hypothalamus-Pituitary-Adrenal (HPA) Axis dia dalam badan kita memang menghasilkan steroid samada menghasilkan steroid yang banyak dengan sendiri, dan mengawal jumlah steroid yang dihasilkan.
Aliran maklum balas pada dasarnya mengukur jumlah steroid dalam badan, dan menukar pengeluaran kelenjar adrenal steroid kepada peningkatan atau pengurangan bergantung pada tahap yang telah diukur di dalam badan.Steroid yang biasanya dihasilkan oleh tubuh mengatasi keradangan, merupakan imun-sistem utama yang bertindakbalas kepada jangkitan. Jika tindak balas ditindas iaitu dengan menambah steroid tambahan kepada badan, adalah jelas bahawa jangkitan boleh berkembang dan menjadi lebih teruk memandangkan sistem imun tidak akan dapat melakukan kerja dengan betul. Kebanyakan steroid datang dengan amaran untuk tidak menggunakan mereka jika jangkitan wujud.

Topical steroid dapat diserap ke dalam kulit, dan juga diserap ke dalam aliran darah. Jika terlalu banyak akan diserap, ia akan "menipu" Paksi HPA untuk berfikir yg badan menghasilkan steroid terlalu banyak. Pengeluaran steroid akan dikurangkan dengan sewajarnya. Kebanyakannya, ini membawa kepada masalah "krisis pemulihan" tetapi juga boleh menyebabkan masalah-masalah lain.
Bagi kebanyakan bahagian, krisis pemulihan berlaku kerana Penindasan Paksi HPA (lihat di atas) dan penamatan steroid secara tiba-tiba. Setelah Paksi HPA membuat steroid pada paras yang lebih rendah disebabkan penyerapan sistemik steroid topikal, menghentikan steroid "tambahan" terlalu cepat akan meninggalkan tubuh dengan defisit yang besar dalam bahan-bahan yang mengawal keradangan ini. Sistem imun boleh "menjadi tidak tentu arah" dan keradangan yang lebih teruk akan berlaku.

Sejak aku mengetahui realiti yg ditanggung oleh anakku Mija, aku nekad utk mecari rawatan alternatif selain steroid. Akhirnya aku berjaya menemui rawatan 100% secara natural dan mencari punca alahan agar dapat aku mengurus serta mengawal ekzimanya.

1 comment:

  1. salam puan,anak saya mengalami akzema kulit merah dan sekarang sedang melalui fasa TSW yang sangat menyakitkan.sekarang saya tengah menggunakan ubat homeopati.apakah rawatan 100% semulajadi puan gunakan untuk anak puan?

    ReplyDelete