Saturday, 21 July 2012

Ekzima : Anak kedua kami Ekzima

Hampir 6 tahun lebih, anak aku yg ke 2, Mija hanya bergantung pd krim steroid dlm merawat Ekzimanya. Satu tempoh yg cukup lama sehingga aku terperasan yg kulit anak aku semakin gelap dan kulitnya juga x cantik kerana kering. Sedangkan Mija lahir kulitnya cerah. Aku jadi risau, sedih dan sebagainya tambahan pula anak aku tu girl. Mcm2 jenis krim steroid dah aku guna utknya. Tapi bila dah sapu, memanglah esoknya gatal2, kulit kering dan merah terus hilang. Then lagi seminggu / 2 minggu pasti ekzimanya berulang. Mcm tu lah seterusnya sehinggakan aku rasa seolah2 terpaksa bergantung ngan steroid seumur hidup. Ianya menakutkan aku tambahan pulak, setiap kali Doc bg krim tu, sure ada tulis RACUN kat krim serta arahan supaya krim disapu bila perlu je serta sapu nipis2. Ianya membuatkan aku mencari info ttg apakah itu steroid.

Kulit Mija semakin gelap akibat penggunaan krim Steroid dalam tempoh yg lama :(
Seiring dgn kemajuan teknologi maklumat skg, sgtlah mudah utk mencari info ttg steroid. Lalu sejak aku ketahui bahaya steroid ni, aku berusaha utk mencari rawatan tanpa steroid. Byk info dan ilmu ttg steroid yg aku perolehi dari Kak Farah Rahim yg aku kenal di fb yg merupakan admin kepada Group Natural Healing for Asthma, Allergies & Eczima. Boleh klik sini ttg penerangan krim steroid dan klik bagaimana krim steroid bekerja sehingga menindas sistem imun kita.
Setelah memahami apa itu krim steroid, di sini aku terangkan serba sedikit apa itu Atopik Ekzima.

Ekzima ialah keadaan di mana mereka mestilah mengalami :
  • keadaan kegatalan kulit yang melampau
  • An itchy skin condition
Ditambah tiga atau lebih daripada yang berikut :
  • melibatkan pelipat kulit seperti pelipat siku, bahagian pelipat belakang lutut, pergelangan kaki atau di pipi bg bayi
  • sejarah peribadi mengidap lelah (asma) atau resdung atau sejarah penyakit atopik terutama pada keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik)
  • Sejarah mengalami kulit kering pada tahun yang sebelumnya
  • ekzema flexural or ekzema yang kelihatan di pipi dan dahi serta anggota badan luar bagi kanak2 dibawah 4 tahun
  • Permulaan pada 2 tahun pertama anak.
Lebih kurang setengah daripada kanak-kanak yang mendapat ekzema juga suatu hari nanti akan mengalami demam alergi atau lelah dengan sendiri. Alahan merupakan pencetus kpd ekzema. Beberapa faktor persekitaran (seperti haba yang berlebihan atau tekanan emosi) juga boleh mencetuskan keadaan.
Perkataan "atopik" menerangkan keadaan yang berlaku apabila seseorang itu terlalu sensitif terhadap alergen dalam persekitaran mereka seperti debunga, kulat, habuk, bulu haiwan, dan makanan tertentu. "Dermatitis" bermakna kulit meradang, atau merah dan sakit. Kira-kira 1 daripada setiap 10 kanak-kanak adalah pengidap ekzima. Biasanya, gejala muncul dalam tempoh beberapa bulan tahun pertama bayi dan selalunya sebelum kanak-kanak berumur 5 tahun.  
Berbalik kpd penggunaan krim steroid tadi, apabila Mija terlalu lama bergantung kepada steroid, oleh itu ekzima yg Mija hadapi bukan lagi disebabkan oleh faktor alahan sahaja tetapi ekzima Mija menjadi lebih parah adalah disebabkan faktor ketagihan steroid sapuan.

Mengapa dikatakan ketagihan steroid sapuan?
Hypothalamus-Pituitary-Adrenal (HPA) Axis dia dalam badan kita memang menghasilkan steroid samada menghasilkan steroid yang banyak dengan sendiri, dan mengawal jumlah steroid yang dihasilkan.
Aliran maklum balas pada dasarnya mengukur jumlah steroid dalam badan, dan menukar pengeluaran kelenjar adrenal steroid kepada peningkatan atau pengurangan bergantung pada tahap yang telah diukur di dalam badan.Steroid yang biasanya dihasilkan oleh tubuh mengatasi keradangan, merupakan imun-sistem utama yang bertindakbalas kepada jangkitan. Jika tindak balas ditindas iaitu dengan menambah steroid tambahan kepada badan, adalah jelas bahawa jangkitan boleh berkembang dan menjadi lebih teruk memandangkan sistem imun tidak akan dapat melakukan kerja dengan betul. Kebanyakan steroid datang dengan amaran untuk tidak menggunakan mereka jika jangkitan wujud.

Topical steroid dapat diserap ke dalam kulit, dan juga diserap ke dalam aliran darah. Jika terlalu banyak akan diserap, ia akan "menipu" Paksi HPA untuk berfikir yg badan menghasilkan steroid terlalu banyak. Pengeluaran steroid akan dikurangkan dengan sewajarnya. Kebanyakannya, ini membawa kepada masalah "krisis pemulihan" tetapi juga boleh menyebabkan masalah-masalah lain.
Bagi kebanyakan bahagian, krisis pemulihan berlaku kerana Penindasan Paksi HPA (lihat di atas) dan penamatan steroid secara tiba-tiba. Setelah Paksi HPA membuat steroid pada paras yang lebih rendah disebabkan penyerapan sistemik steroid topikal, menghentikan steroid "tambahan" terlalu cepat akan meninggalkan tubuh dengan defisit yang besar dalam bahan-bahan yang mengawal keradangan ini. Sistem imun boleh "menjadi tidak tentu arah" dan keradangan yang lebih teruk akan berlaku.

Sejak aku mengetahui realiti yg ditanggung oleh anakku Mija, aku nekad utk mecari rawatan alternatif selain steroid. Akhirnya aku berjaya menemui rawatan 100% secara natural dan mencari punca alahan agar dapat aku mengurus serta mengawal ekzimanya.

Wednesday, 18 July 2012

Sambal Pencicah Buah pelam

Assalamualaikum...
Semalam, hband aku outstation ke Bukit Gantang, Perak. Balik dari outstation tu, sempat juga dia singgah ke Tapah belikan kami jambu air dan jambu batu. Penat jugak melayan kerenah 'bunga-bunga' kat rumah ni. Ada yg menjerit, melompat ler, kejar mengejar...fuhhhh mencabar sungguh menjaga mereka ni. Belum lagi dapat anak lelaki ni. Hehehehehe...


Bila ayah mereka balik, sikecik Raihana lah paling happy dengan mulutnya cuba bertutur bahasa hanya dia je yg paham. Dapat je ole-ole tu, terus aku buat sambal pencicah. Bila buat sambal pencicah ni, terus teringat akan arwah abah (bapa mertua). Setiap kali balik rumah mertua, bila ada je buah pelam, sure arwah Abah suh aku buat sambal pencicahnya. Kenangan sangat time tu. Sedih pulak. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org beriman. Amin.....
Buat sambal pencicah ni mudah je. Resepi dari mak aku. Ni resepinya.

Bahan-bahan :
5-10 tangkai cili kering / terpulang ikut tahap kepedasan
Belacan sebesar ibu jari
Kicap x kisah jenama apa
Gula secukup rasa
Bahan-bahan pencicah

Cara membuatnya :
Rebus cili kering sehingga lembut. Belacan hendaklah dibakar. Tumbuk cili kering, belacan dan gula. Tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan kicap. Kemudian rasa. Jika kurang manis tambahkan gula. Kepekatan sambal ikut selera masing-masing. Ada jugak org guna cili padi. Tapi x kisah sebenarnya, aku lebih suka cili kering coz x lah sepedas cili padi. Siap....
Brand kicap yg aku gunakan adalah cap telifon. Jangan x caya. Kicap ni aku beli dari member adik aku. Hanya dijual di negeri Perlis je. Sedap pun sedap. Buatan org melayu dan yg pasti halal. :)
Kicap cap Telefon Perlis mariiii !

Sedap sehingga menjilat jari :)

Selamat mencuba.....

Tuesday, 17 July 2012

Hani akhirnya free diapers sebelum 3 Tahun

Hari ni dah 17 hari Hani x pakai diapers waktu siang mahupun malam ketika tidur. Syukur akhirnya aku berjaya train hani free diapers sebelum umurnya 3 tahun. Sepatutnya dari awal lagi aku train dia coz dia dah petah bercakap since umurnya 1tahun 3bulan. Mak aku selalu gak bising bilalah aku nak ajar dia x pakai diapers coz mak aku kata kitaorg kecik2 dulu umur setahun dah x pakai napkin (masa tu x de diapers ye). Almaklumlah kemalasan sedikit coz aku ibu yang terlalu bz. Nak jaga Raihana yg sdg aktif, Hani lagi, kakak-kakaknya balik sekolah nak makan pulak, kerja-kerja rumah seperti menyapu, mengemop, memasak, membasuh, menyidai kain dan mcm2 lagi lah. Belum lagi dicampur kerja-kerja design kalau ada. Kalau x de pun belum tentu dapat rehat. Hband aku kata mmg leh jadi SuperMak. Kami plan nak hantar dia g kindergarten next year. Ikut umur belumlah lagi 4thn. Baru 3thn 3 bln. Tapi ikut tahun depan kira dah 4thn. Jadi aku cuma ada masa 5 bln dari skg. Ikut pengalaman kakak2nya, memang mencabar gak ler. Kenalah aku bersiap siaga dari segi mental dan fizikal. Alhamdulillah berjaya coz nak train Hani sgt mudah x spt kakak2nya. Minggu pertama memang mencabar sedikit. Hari pertama ada gak 3 kali dia terbabas. Masuk hari kedua dia dah pandai bgtau if dia nak poo poo atau pee. Masuk hari ketiga lak aku memberanikan diri x pakaikan dia diapers time kami ke Tesco. Masa nak membayar tu dia mention nak pee, terus aku bawa dia ke toilet berdekatan. Hari ke 4 lak waktu malam, hband aku kata x yah pakaikan dia diapers waktu tido. Kul 3 pagi je aku bawa dia ke toilet utk pee. Sebelum nak tido mlm tu aku dah siap-siap suh dia pee dulu. Pastu time subuh dalam kul 6 tu aku kejut dia sekali lg utk ke toilet. Dalam seminggu gak aku buat cam ni. Masuk minggu berikutnya aku dah x kejut dia kul 3 pagi lagi coz dia dah pandai merengek bagitau kami yg dia nak pee. Kadang kul 2.30pg / kul 4.00pg / 5.30pg waktu2 yg pasti dia akan kejut kami. Lepas pada waktu2 berliku ni Alhamdulillah berjaya. Jimat duit gak beli diapers. Lagi satu, x lah berat handbag aku nanti utk letak byk khazanah baby...hahahahaha...

Hani yg sedang lena tido tanpa memakai diapers
Tips-tips utk melatih anak anda bebas dari memakai diapers :
  1. Bersedia dari segi mental dan fizikal.
  2. Masa permulaan tu, setiap 2 jam sekali bawa anak ke toilet utk membuang air kecil / besar. Kalau lupa maybe akan terbabas gak.
  3. Jangan ada langsung diapers kat rumah. Ini penting yer supaya anda x ler tetiba dah rasa malas atau giveup terus separuh jalan coz diapers masih lagi ada di rumah. Kalau ada lagi tu cubalah sorok dari pandangan mata.. 
  4. Sebelum anak anda tido, pastikan dia sudah pee terlebih dahulu.
  5. Untuk permulaan, set time utk kejutkan dia ke toilet. Waktu terpulang pada anda. Ikut anggaran time dia pee.
  6. Kalau risau dia terbabas,beli tikar evamatic. Tikar ni menghalang sejuk dari mozek / lantai terus ke badan kita. Kalau anak terpee ke, sgt mudah nak lap dan keringkan. Apa yg aku buat, kalau waktu siang, memang Hani tido atas tikar evamatic ni. Kalau malam pulak, tikar ni aku alas kat atas tilam dia. Pastu baru aku letak cadar atas tikar evamatic ni. Kalau dia terbabas, hanya cadar je dan tikar je yg basah. Tilam x kan basah. So x ler kita penat sgt.
  7. Jgn lupa berdoa pada Allah yang Maha Memakbulkan agar usaha kita dipermudahkan. AMIN...
Tikar Evamatic untuk Hani tidur sebentar di Waktu siang hari
Tikar Evamatic atas tilam dan lapik cadar di atas tikar tu. Ini utk Hani tidur malam
Lepas ni, target nak train Raihana pulak lebih awal. Aku beli tikar ni kat Pasar Pagi Stadium Shah Alam. Masa tu ada jualan murah. Rm35 utk satu tikar. Oklah kan?? Berbaloi-baloi :) .....Ok, lepas anda ikut tips di atas, InsyaAllah anak anda dengan sendirinya akn beritahu bila dia nak buang hajat. Anda pasti tersenyum kepuasan selepas itu kerana usaha anda akhirnya berjaya.

Monday, 16 July 2012

Raihana 1st time naik buaian...

Hujung minggu kami byk menghabiskan masa mengemas rumah. Hband membersihkan segala kipas yg ada dan mengelap almari juga perabot yg byk habuk. Aku x leh buat coz alah ngan habuk dan dustmite. Kalau aku buat gak alamatnya semput menyerang. Pastu x leh buat apa2 dah. Nak tunggu pulih ambik masa dua tiga hari gak. Silap2 makan seminggu. Lepas tu hband aku dok menebas lalang yg semakin panjang di belakang rumah. Sungguh rajin hband aku yg sememangnya rajin...hehehehe (puji laki sendiri x salah kan?? :)  Petang tu adik aku dan kawan baiknya Diela dtg ke rumah. Diaorg ni mmg rajin dtg ke rumah aku. Pastu main ngan Raihana. Sekejap je depa dtg. Diela rindu kat Raihana. X sempat nak buat air. Hanya sempat bagi diaorg makan Planet Pop Corn je....hehehehehe.... Lepas je diaorg balik, kami sekeluarga pun g beriadah kat taman berhampiran rumah. Lama betul x g taman. Padahal dekat sgt ngan rumah. Dulu-dulu sebelum pindah setiap minggu je rajin ke taman tu. Tapi, bila dah dok dekat dah x berapa nak g ke taman tu. Hmmmm begitulah adat manusia ye.... :) Anak-anak exited nak berbasikal. Sampai je kat taman, anak-anak semua g main slide yg tersedia. Aku ngan hband melayan si Raihana yg baru pertama kali naik buaian kat taman ni. Seronok betul si Raihana. Pegang buaian pun dah tau baru first time mencuba naik buaian.

 
Sila abaikan suara memanggil 'Nama' di hujung video :)

Lepas anak-anak penat bermain, kami pun layan makan aiskrim sambil berjalan mengelilingi taman dan terus balik ke rumah. Ok gak aktiviti beriadah ni. Berpeluh gak lah. Dapat membakar kalori walaupun hanya berjalan kaki. Jauh gak dok pusing2 satu Taman Rekreasi Setia Alam. Balik je dapat call dari mak. Mak aku nak datang malamnya. Apalagi terus siap2 g pasar malam yg terpanjang di Malaysia tu. Mana lagi kalau x di Setia Alam. Byk gak kami membeli makanan utk dihidangkan pd mak ayah aku nanti. Itulah cerita weekend kami yg x seberapa ni :)

Hani, Nina, Raihana, Mija (4 Bunga K.A.M.I )

Mari memudingkan diri :)

Bosan-bosan hari Sabtu aku try wat puding roti. Apa yg boleh aku katakan, cara nak buat sgtlah senang. Sedap pulak tu. Anak-anak suka kecuali mija dan hband aku x suka puding-puding ni. Dessert2 manis mmg diaorg x suka. Rugikan??? Aku kalau makan kat hotel yg ala2 buffet tu sure aku cari dessert ngan cake yg sedap2 dulu. Hahahahaha... Resepi Puding Roti ni dapat dari rakan fb. Adik aku yang no 2 dan adik aku yg no 7 dah try resepi ni. Ok moh kita try resepi ni.
Sgt sesuai sbgai dessert di Bulan Ramadhan nanti.

Puding Roti Karamel



















 
 
BAHAN2 :
3 s/b besar gula pasir
4 keping roti gardenia
3 biji telur
2 cwn air suam
1 cwn susu pekat manis
esen vanilla

CARA2:
Taburkan gula pasir dlm loyang dan panaskan dengan api perlahan sehingga perang & ratakan
Biarkan sejuk sebentar.
Koyak2kan roti kecil2 dan blender bersama air suam sehingga halus+susu pekat+esen vanilla..
Pukul telur sebentar dengan garfu dan tapiskan
Campurkan dengan bahan2 yang dikisar.
Kacau sebati dan tuangkan keatas karamel(gula hangus tadi)
Panaskan Pengukus dan kukus selama 30minit / sehingga masak.
Puding dah sejuk baru diterbalikkan.
 
* Aku x buat 1 cwn susu pekat tapi aku adjust skit. Aku kurangkan supaya tidak terlalu manis. Alhamdulillah rasanya menepati selera kami.

Selamat Mencuba

Friday, 13 July 2012

Dugaan melahirkan anak yang ke 4

Salam semua, bertemu kita kembali. Now kita sambung semula entry yg lepas
Setibanya di Hospital Sungai Buloh, terus aku report ke kaunter bahagian bersalin. Setelah diperiksa, sahlah dah bukak 2cm. Doc suh tukar baju dan berehat dahulu. Selepas tidur sebentar, dalam jam 6pg aku jalan2 dahulu bertujuan supaya bukaan menjadi cepat. Masa tu mmg sakit semakin kerap. Nurse memanggil namaku dan mengarahkan aku utk mengambil sedikit sarapan di bilik yg disediakan. Makan pun x berapa lalu coz sakit semakin kerap. Tp aku mkn gak ler supaya ada tenaga nanti. Lepas makan je, Nurse periksa lagi, dah bukak 4cm, makanya aku kene dok kat labour room. Berdebar2 rasa hati. Sebelum tu aku jumpa hband jap utk memohon ampun dan maaf. Bergenang air mata. Tetiba je rasa takut nak hadapi sakit bersalin. Jam 8.30pg, Doc memecahkan air ketubanku. Sebaik sahaja air ketuban pecah, terdengar yg Doc serta Nurse mengatakan baby dalam perut dah berak coz air ketuban ku sudah bercampur dengan najis baby ku sikit. Apalagi kecoh gak ler. Ramai pulak Doc datang termasuk Doc pakar. Doc2 yg lain semua cam hormat ngan Doc yg sorang ni. Aku agak ni mesti Doc pakar. Setelah discuss punya discuss, Doc pakar suh masukkan ubat (induce) supaya cepat bersalin. Memula Doc nak letak 1 dos, tp Doc pakar suh letak 2 dos. Katanya, kalau jam 12tgh x bersalin, diaorg decide ceaser. Hmmmmm.......nak nangis pun ada. Masa tu jam 9.30pg. Sakit bersalin payah nak cerita. Memang sakit x terhingga. Dalam hati sangat2 risau bila Doc kata diaorg terpaksa ceaser jika masih x bersalin utk mengelakkan baby termakan najis. Jika termakan, risikonya amatlah tinggi.

Mulut tidak berhenti berzikir.....Aku berdoa sepenuh hati masa tu, agar dapat aku bersalin jam 10pg. Sakit semakin lama semakin tidak tertahan. Bila Doc check je bukaan, dah jadi 8cm. Doc suh teran. Dia kata x pe. Jam 10.30pg maka lahirlah baby girl ku yg ke 4. Memang baby tu dah berak. Ada melekat najis kat bontotnya. Nasib baby ok. Alhamdulillah syukur sgt. Terima Kasih Ya Allah kau makbulkan doaku itu. Kalau lambat gak keluar alamatnya  kene ceaser lah aku. Baby kalini Alhamdulillah sihat. X de masalah. X de kene kuning macam Hani dulu. Masa kat Labour Room lagi aku terus susukan Baby ngan susuku sendiri. 

Sempat bergambar dalam Labour Room.. Baby kalini kulit merah sgt.
Dok wad x lama. Soknya dah leh balik. Genap 7 hari terus cukurkan rambut baby.
Ikut sunnah Nabi Sallallahua'laihiwassalam.

Lihat rambut ku..dah botakkan?? Runcing x dagu saya?? x yah cucuk botox hahahahahah
Kami namakan dia Raihana. Berat 3.3kg je. X overweight. Alhamdulillah. Kulit anak aku kalini putih skit dari yg lain. Ramai gak tanya. X sure sebab minum susu banyak atau ambil Sarang Burung. Maybe gak ikut nenek suami aku yg sememangnya orang Cina. Apapun sudah kehendak Allah yang Maha Pencipta. Sehingga kini Raihana masih Fully Breastfeeding. Umur skg dah pun setahun.

Posing baju baru jap. Saya dah setahun, yey yey saya dah boleh jalan.
Pergi mana-mana je mesti org bertanya bila lagi nak dapat anak lelaki??? Hmmmm kalaulah aku boleh pilih-pilih kan best...Persoalannya, depa ni x paham kot. Bukan ke semuanya kehendak Allah. Ada tu siap cakap kesian kat aku semua anak perempuan. Ada gak pandai-pandai teka yg aku ni jeles kot x dapat lg anak lelaki. Pleaseeeee ye..I'm not like that. Saya dan suami orgnya sgt memahami kehendak dan takdir yg Allah beri. Pada kami, hanya Allah sahaja yg tahu apa yg terbaik buat kami. Mungkin belum masanya lagi utk kami mempunyai anak lelaki. Kami sangat bahagia dgn kurniaan ini. X de maknanya aku nak jeles. Untuk apa?? Ianya spt mempertikaikan hadiah yg Allah beri. Rata-rata yg aku jumpa adalah bangsa ku sendiri yg berkata demikian. So sad.... :( Berbeza dgn org cina. Setiap kali jumpa mesti mereka kata " x apa, boleh cuba lagi. Nanti senang...Anak-anak perempuan boleh tolong ibu maaaa....." sorry teremosi lak aku kalini. Hmmmmmmm..................

Wednesday, 11 July 2012

Hilang satu tiub Fallopio, Allah beri rezeki 2 kali kehamilan selepas itu....

Aku mengandung lagi setelah Hani berusia 1thn dlm masa yg sama aku bekerja di rumah. Pd mulanya period aku lewat sehari. Aku dah x sedap hati. Kepala pening. Start x leh bau wangi2. Rasa nak muntah. Setelah kejadian ektopik melanda diriku, aku bertekad hanya mahu merancang secara semulajadi. Sebaik saja aku uji air kencing waktu pg, sah positif hamil. Masa tu subuh. Terus aku kejutkan hband utk bangun subuh sambil membisik ke telinganya " Abang, bangun..subuh, I pregnant lagi " terus mata hband aku terbukak dgn besarnya. Hahahahahaha.... Aku menangis gembira. Menangis sebab Hani menyusu badan sepenuhnya. Belum campur lagi susu formula. Gembira sebab x sangka aku boleh hamil walaupun bergantung kpd satu tiub fallopio. Alhamdulillah...Rezeki dari Allah yg tidak ternilai ini kami terima dengan rasa syukur.
Hani pulak anak yg mudah diurus. Kadang2 dia tidur sendiri tanpa perlu ditepuk. Tidak byk ragam. Aku hanya sempat menyusukan Hani sehingga umurnya setahun 3 bulan. 3 bulan tu dlm keadaan aku hamil. Aku dah x berdaya lg utk menyusukannya kerana keadaan aku yg mabuk serta x lalu mkn. Syukur juga Hani mahu minum susu formula tanpa menolak. Seperti dia faham keadaan aku. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusanku.Sepanjang hamil, aku byk kawal pemakanan ku agar x terjadi lg baby overweight. X mo lagi jadi kes Shoulder Dystocia
Kalini aku banyak minum susu. Semua brand susu aku hentam. Teringat dgn biras ku redmummy.com pernah syorkan kepada aku jika nak anak putih gebu try amalkan sarang burung masa pregnant. Walaupun masa tu baru anak dua, aku masih ingat lg, jd aku amalkan pengambilan pati sarang burung. Aku ambil jenama Walit Gold yg Double Nest warna pink. Sedap..rasa mcm sirap bandung. 2 botol gak aku amalkan.

ni lah brand pati Sarang Burung yg aku amalkan masa pregnant baby Raihana..

Masa pregnant Hani dulu walit gold x de lg. Susah nak cari sarang burung buatan org islam masa tu.Masa Hani dulu aku ambil soy collagen utk org hamil dan juga gamat healin gamogen. Kalini try lain pulak.
Lepas kejadian ektopik aku x pernah kisah pun baby aku tu girl ke boy coz masa tu fokus aku adalah berjaya hamil. Lagipun Doc kata kesuburan aku hanya 50%. Kalini pregnant lagi pun aku x kisah coz x merancang pulak. Biasanya kalau untuk aku lah if x merancang yg kuar baby girl. Ingat nak merancang sampai Hani 2 thn. Nak ler makan makanan yg berpotensi utk dpt baby boy. Tapi....Allah beri kehamilan itu lebih awal serta tanpa rancangan aku, so aku terima je dgn redha. Setiap apa yg Allah beri hanya Allah sahaja tahu apa yg the best utk kita. Masa checkup, Doc ckp aku beruntung coz ada sesetengah kes Ektopik, dah x dapat hamil lagi. Tapi ada gak yg berjaya dapat anak sampai 7 kali after ektopik. Sepanjang kehamilan semuanya ok ok aje. Cuma aku agak aktif di rumah maklumlah dok umah sambil buat keje-keje design. Kalau x de keje design aku mop lantailah, basuh bilik airlah, mcm2 lah aktiviti supaya masa bersalin menjadi mudah. Ingat lagi pg sebelum bersalin tu aku sempat lagi g pesta buku kat SACC Convention Centre. Time tu mmg dah ada rasa contraction. Jalan-jalan sikit, sakit. Dalam hati rasa mcm dah bukak je. Hmmmmm tapi relax dulu sampai betul2 kuar tanda. Balik rumah pulak, malam tu sempat g pasar malam beli segala ikan dan sayur utk tempoh berpantang. Sakit tetap sama. Kejap sakit kejap x. Lepas balik pasar terus g rumah mak aku. Barang-barang utk bersalin di hospital semua dah ready dalam kete sebelum ni. Masa kat rumah mak, sakit menjadi kerap tapi aku masih boleh tahan sambil bersembang-sembang ngan mak dan adik aku. Muka aku berpeluh-peluh. Adik aku ckp, mcm nak bersalin je. Aku ckp belum due lagi. X kan ler awal seminggu kot sebab anak-anak aku yg sebelum ni semua on due atau sehari awal x pun lewat sehari. Atas nasihat famili aku, kami g jugaklah Hospital mlm tu...Bersambung.

P/S : Kepada yang pernah mengalami kehamilan ektopik seperti aku, jgn kecewa, sedih dan mudah putus asa. Anggap sahaja bukan rezeki kita semasa itu dan pasti ada hikmah disebalik kejadian itu. Selain itu waktu kita sakit Allah menghapuskan setiap dosa kita yg lalu. Dalam masa yang sama, berusaha untuk hamil semula mungkin dengan cara merawat rahim dan sebagainya selain Doa kepada Allah yang Esa serta Tawakal. Elakkan makanan yang tidak berkhasiat kerana ianya juga mempengaruhi tahap kesuburan kita. Makan makanan yang seimbang, perbanyakkan sayuran hijau dalam menu serta minumlah air yang cukup. Jgn lupa bersedekah tidak kiralah kepada manusia mahupun binatang. Andai kata belum lagi hamil, bersangka baiklah dengan doa kita kpd Allah. Mungkin bukan skg hamil pasti akan dtg kerana hanya Allah sahaja yg tahu apa yg terbaik. Sekiranya tidak berjaya hamil juga, percayalah doa kita yg x termakbul di dunia tetap dapat pahala kerana ibadat doa tadi dan pastinya Allah akan memberikan kita ganjaran yg besar di akhirat kelak buat makhluknya yg sentiasa bersabar. Nanti aku ceritakan saat bersalin baby ke 4 yg juga ada dugaan tersendiri.